Bersalah Atau Tidak
Hujan
di tengah hari ini
bagai memberi tanda
berakhir sebuah cinta
oh
retak yang telah terbelah
tak perlu diratapi
usah disesali
bersalah atau tidak
bukan persoalan bukan sebab
hanya perasaan
yang telah terpadam
bukan mudah selami
jiwa yang angkuh
cita-cita
yang mengelirukan diri
mendustai hati
walau apa terjadi
roda hidup terus berputar
menjadi teman kita
menggilis kita.
1998-1999 :Inilah masalah sekiranya terlalu mengharapkan DIA berubah sikap dan tingkah laku sedangkan dalam diri DIA terlalu ego dan angkuh. Bukan tidak tahu yang perubahan itu ke arah yang baik tetapi DIA hanya mendengar kata hati DIA sahaja. Kata-kata aku tetap aku selalu AKU dengar. Selama 2 tahun AKU mencuba, 3 tahun selepasnya DIA sedar apa yang AKU cuba buat itu sebenarnya BAIK. 5 tahun untuk mengetahui apa yang AKU sarankan adalah perkara yang baik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya berubah jugak walaupun bukan bersama AKU.......
No comments:
Post a Comment