04 February 2010

Bagai mati sebelum mati


(Gambar Hiasan)
Mati Hidup Semula-Jamal Abdillah

Mati Hidup Semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula


Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah:
1. Kerana ingin tahu .
2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah.
4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .
5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu :
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi

1993-1995 : Bergelumang najis dadah ibarat mati sebelum mati.Jangan musnahkan masa depan sendiri hanya kerana keseronokan yang sementara.Segala perasaan benci dan meluat masyarakat terhadap penagih hingga ada yang memulaukan,ada juga yang simpati itu hanya beberapa kerat.AKU tahu dan MEMANG AKU tahu.Perit lagi memandang wajah sedih dan sayu kedua orang tua yang mengimpikan seribu harapan terhadap kita.Hancur luluh hati mereka.AKU tahu dan AKU MEMANG TAHU.Selagi ada ruang,berpatah baliklah kerana memang jalannya luas terbentang.Alasan jangan diberi kerana ada yang telah membuktikan kejayaannya.AKU tahu,MEMANG AKU tahu....

No comments: