29 December 2010

Memori Mardiana


Memori Mardiana-Helter Skelter
Aku di sini di duga pilu
Dan iramanya sayu hatiku
Begini ditindih luka
Dalam ku cuba harungi yang nyata

*
Sedangkan engkau dibuai suka
Bersama dia riang ketawa
Telah dibius cinta
Sedangkan semangat ini kau bawa dan kau biar

Korus:

Memori Mardiana
Sering menyerang di jiwa
Dapatkah wujud kembali
Mardiana yang ku kasih

Janjimu di kamus cintaku
Telah ku himpun dan ku bakarnya
Yang tinggal sisa-sisa luka
Dibasahi linang airmata

Mardiana, Mardiana, Mardiana, Ana....

(ulang dari *)


Download
Ringtone

19 November 2010

Senandung Anak Rantau...






Senandung Anak Rantau-Jamal Abdillah
Aduhai rindu rasanya diri
Kampung halaman yang kutinggalkan
Sejuknya air tepian kali
Lamalah tidak menyentuh badan

Bujur melintang jerami padi
Mengalas kaki di bendang ayah
Hanyirnya lumpur tak kusegani
Itulah resam anaklah desa

Mana gendang dipalu
Dengan tari warisan ibunda
Mana orang berlagu
Dengan pantun berkias seloka
Lama sudah ku nanti
Desa ini hai berseri

Aku pulang
Jauh dari rantauan
Demi kasih
Pada tanah tercinta
Walau hidup
Manis berhujan emas
Kampung laman
Masih kukuh di jiwa

Mari nyanyi dek marilah menyanyi dek
Lagulah yang baru dek berlenggok yang dulu
Mari tari dek marilah menari dek
Rentaklah yang baru dek berakar yang dulu


Download
Mp3

18 November 2010

Satu Pengakuan Luhur


Satu Pengakuan Luhur-Kalahari
Ku merasa seperti
seisi dunia
Tak akan merestui
perhubungan kita

Meskipun
kau ternoda
ku masih menyintaimu
dengan keikhlasan

Perhubungan antara kita berdua
tak akan berakhir
Di sebalik semua perbuatanmu
kau ku hargai

ku tak rela diri mu dihina
kerna kutahu hatimu mulia
jangan kau hiraukan
kata nista mereka

Ku tak rela diri mu dihina
niat suci kita bina bersama
Kupercaya kita
akan bersama berjaya...


Download
Mp3
Ringtone

16 November 2010

Penyakit Kuasa




Sakit Bantal Empuk

Caj caj caj caj caj caj
Suka hati
kau tak berbudi
kau tak mengerti
Kau tak perduli
ku kau anggap kutu kari

Das das das das das das
Hentam saja
kau tak berjiwa
kau tak merasa
kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu
di bawah Di bantal empuk mu
kau terlupa janji mu

Dam dam dam dam dam dam
Kami jeran
kau tak kasihan
kau tak sayangkan
Kau tak ringankan
kami sekalian
yang bergelar sang Marhain
Di rumah tumpangan
kau terlupa
diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang
yang bersusah payah Berkompang
hingga menang hingga dijulang...


Download
Mp3
Ringtone

Semut Dan Lebah


Siapa Semut Siapa Lebah


Kita orang semut dan lebah
Suruh kerja kita pun kerja
Tak pandai nak melawan
Apatah lagi nak derhaka
Kita orang semut dan lebah
Siang kerja malam pun kerja
Tak pandai nak menulang
Apatah lagi mogok lapar
Suruh saja gunung mana nak dipindah
Gula madu mana nak dipunggah

( korus )
Sedia... setia menjunjung perintah
Biarpun langsung tak munasabah
Tak kira kitakan mencuba
Ke akhir ikhtiar
Ke akhir nyawa

( ulang korus )

Siapa tuan siapa hamba
Tanah liat lebih berharga
Kerja untuk hidup
Hidup untuk kerja
Sama sahaja



AKU TUJUKAN LAGU INI KEPADA BOS-BOS YANG TERKURANG AJAR,DAN KULI-KULI YANG TERLEBIH TAAT..........

Download
Mp3
Ringtone

04 November 2010

Cinta Sejati




Cinta Sejati - Putra
Dulu Kusangka cinta
indah dan bahagia
rupanya cinta hanya
permainan perasaan

Manisnya kata-kata
sewaktu bercinta
Yang akhirnya
Menikam diri aku sendiri merana...

Kini kutemui cinta sejati
Hanya padaMu Ilahi
Yang dapat kembalikan
Ketenangan di jiwaku
(Ulang 2 x)

Cinta insan hanya sementara
Tidak kekal di alam ini
Cinta yang kekal hanya
PadaMu tuhan

Perjalanan hidup
masih jauh mengembara
Mencari bekalan
untuk diri di Akhirat

Cubalah engkau tanya
pada diri sendiri
Apakah bekalan yang engkau bawa
bersama di sana.....

Download
Mp3
Ringtone

02 November 2010

Di Perhentian Puduraya





Di Perhentian Puduraya - Kembara
LAGU/LIRIK: M.NASIR

Di perhentian puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari godaan cinta pertama

Di perhentian puduraya
Mula kita bermesra
Dengan kesucian cinta
Kau membalas kasihku
Tapi kau harus pulang segera
Kerana masa telah lewat untuk kita

Oh..selamat tinggal
Jumpa lagi
Oh...esok hari
Diperhentian ini
Bila cinta sudah tersemai
Apa saja yang dibuat serba indah

Ooo..tak kusangka
Cinta berakhir
Esok ku menunggu
Dan menunggu
Khabar ku terima engkau di lamar
Dari pilihan kedua orang tuamu
Bas warna biru telah hilang cahayanya
Kerana cinta telah pudar dari mata
Selamat tinggal perhentian puduraya

Download
Mp3
Ringtone

31 October 2010

Proton Saga Kelabu




PROTON SAGA KELABU
(Penyanyi/Lirik : Jok Teo Akang)
Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…

Apandai do makan jalan…
Miin..tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu

Kalau sekadar
Gaji enam ratus satu bulan…
Amu osukup makan..
Sabab mata duitan

Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu

Mogidu-gidu…om gumuli-guli
Kodoho….
Mihad-mihad doMoki-isian…
Romou mato nu…
Romou mato buayo…

Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu

Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…

Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu

(trumpet solo)

Mogidu-gidu…om gumuli-guli
Kodoho….
Mihad-mihad do
Moki-isian…
Romou mato nu…
Romou mato buayo…

Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu

Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…

Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu


Download
Mp3
Ringtone

29 October 2010

Kelibat Korupsi - One Buck Short

Kelibat Korupsi - One Buck Short Verse 1: Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini Fakir miskin terpedaya Orang kaya semakin kaya Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan AP senang didapat Projek besar diorang rembat 45 hitam biru mencari-cari tujuan Aku dia kita mangsa Hal kecil menjadi besar Apa lagi yang kita semua perlu lakukan Bangsa kita keluar malam Maruah bangsa semakin curam Chorus: Ingat kita takut?! Apa mengarut?! Kita tunjukkan! RAKYAT KEDEPAN! Verse 2: Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara Peperangan yang tak sudah! Cari harta mengambil tanah! Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah Tak cukup tamak harta Cari makan mereka kata Dikir Barat: Bak Kata Cerita pendek Kita harus Kerja sama Jaga jaga Jaga nama Kalau jatuh Depa pijak Kerja sama Boleh maju Jangan malas Jangan tipu Makan rasuah Tikam belakang Semua ini Buat rosak Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI! Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI! Download Mp3 Ringtone

24 October 2010

Pawana


Pawana - Search
Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mulanya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia


Download

Mp3

Kemurkaan Allah Terhadap Kaum 'Aad

Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakkan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.

Kaum ‘Aad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.

Allah s.w.t. mengutus kepada kaum ‘Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum ‘Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.

Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Qur’an :

“Dan (Hud berkata) : ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.’

Kaum ‘Aad membalas : ‘Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagiaan sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu’.”

Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana kaum ‘Aad dibinasakan dalam firman-Nya :

“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin rebut yang kencang , yang melampau kencangnya, yang diarahkan menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati , seolah-olah mereka , batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?”
(Surah al-Haaqqah ayat 6-8)

Ani (Versi Baru) - Halim Yazid




Ani - Halim Yazid
Tak dok harto bolih cari
Tak dok keto bolih beli
Kalu tak dok Ani sore
Srupo tak dok sebeloh tubuh abe

Kito duo pade bena
Samo come samo lawa
Maso jupo denga saing
Pakat kato bruntungnyo mu Halim

Ado jugok ore bedengki
Nok kecek ambik wak lari
Kalu setakat bekok seloro
Tu tok apo

Kito saing rama rama
Hok tok kena bia kena
Tapi biar keno panda panda
Senyum manih hanyo lah di lua

Kito duo ni tak apo
Tak dok bendo nok rahsio
Samo tahu samo jago
Jange royak ko sapo sapo

Andai kiamat lah dunio
Maso ore mati blako
Tapi tinggal lagi ado
Kasih kito

Mintok doa pado tuhe
Biar tumue kito panje
Kito duduk sapa tuo
Ani sore abe bolih jago

Lagu ini jadi bukti
Kasih abe yang abadi
Tidok bolih dijual beli
Tentu tidok ditukar ganti

Pulaa pande jauh ke tengoh
Gunung daik cabe tigo
Hancur bade di kandung tanoh
Kasih kito tetap lagi ado


Download
Mp3
Ringtone

23 October 2010

Ole... Ole... Sumbat Gol Lagu Kelantan FA





Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol


Download
Mp3
Ringtone

Man Who Sold The World


Man Who Sold The World - Nirvana
We passed upon the stairs,
We spoke of was and when
Although I wasn’t there
He said I was his friend
Which came as a surprise
I spoke into his eyes -- I thought you died alone
A long long time ago

Oh no, not me,
We never lost control,
You’re face to face,
With the man who sold the world

I laughed and shook his hand,
I made my way back home,
I searched for form and land,
Years and years I roamed,
I gazed a gazely stare,
We walked a million hills -- I must have died alone,
A long long time ago.

Who knows, not me,
I never lost control,
You’re face, to face,
With the man who sold the world.


Download
Mp3
Ringtone



Mungkin anda mengetahui mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan alternatif terkenal Nirvana. Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.
Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh diri’ (suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang penyiasat persendirian.
Salah seorang penyelidik sosial Stewart juga seorang ahli muzik, percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah PALSU. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang, berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut aggota-anggota Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.
Khabar angin lain pula mengatakan cerita bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris. Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London, dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu, salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket Kwik Save, bandar Canning.
Cerita yang paling boleh dipercayai ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA. Salah seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan perkara-perkara yang sebenar. Stewart bersetuju berjumpa dengan individu tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda. Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.
Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum. Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui bersama.
Informer itu juga memberitahu Stewart bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telag berkubur.
Kebenaran ini dapat dilihat kepada beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly dan The Beatles.
Persoalan yang boleh ditimbul sekarang, adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu. Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004. Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh (murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.
Siasatan Wallace dan Halperin mendapati pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut adalah teman wanita Kurt.
Hal ini dibuktikan melalui laporan mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat pemulihan dadahnya di Los Angelas, dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan yang masih belum digunakan sehingga sekarang.
Wallace dan Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.
Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.

18 October 2010

Kasih Berbunga Lalang




Kasih Berbunga Lalang-Rima Rashidi
Indah pesona asmara
Kasih yang berapi menjadi duka
Tinggal hanyalah kenangan
Sepi bersendiri di kamar rindu

Cintamu di mana paksinya
Janjimu di mana kotanya
Salah siapa...

Bulan pun makin berkaca
Retak pun menanti pecah berderai
Salam berwajahkan dusta
Tidak lagi murni seperti dulu

Hasrat yang membara terpendam
Kejujuran cinta bersulam
Duri berbisa...

Rela kusemadikan
Segala kenangan silam
Bertakhta di hati
Tak lagi cintamu

Sukma luka berdarah
Rebah dipangkuan mimpi
Pabila kasihmu
Hanya berbunga lalang

Meronta jiwaku
Dalam keresahan
Berjuta bayangmu
Mengapa menghalang
Langkahku...

Kilau mahkota cintamu
Dihatiku ini... retak beribu...


Download
Mp3
Ringtone

Kredit to www.myartis.com

14 October 2010

Bila Bulan Bewarna Biru




Bila Bulan Berwarna Biru

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu lagak pendita

Berkilau sinar
Maya yang mendera
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...

Download
Mp3
Ringtone

05 October 2010

Pelangi Senja



Pelangi Senja - BPR
Kini tegugat wawasan
Di tengah kelekaan
Sumpitan sakti
Jejarum asmara memakan diri

[bridge]
Bahasa senjatamu
Mengupas peribadiku
Aku bercermin
Di kaca mata hitammu saat itu

Keasyikan,berbicara
mendorongku mengejar bayangmu terlalu laju
Tergelincir dari landasan fikiran
Terjerumus dalam jurang cinta tiga segi

Mengejar pelangi senja
Sesat mencari hujungnya
Hidup bagaikan igauan
Cinta seperti gurauan
Menyendakan perasaan

Akhirnya kita yang lemas
Dalam lautan khayalan
Menakutkan lantas itu
Saling salah menyalahkan
Melindungi kesilapan


Download
Mp3
Ringtone

28 September 2010

Kumpulan Krayon..

1.Khayalan 
2.Layar Asmara 
3.Menara(Klik tajuk Untuk Download)
4.Di Persinggahan 
5.Keliru 
6.Cermin 
7.Lagu Seram 
8.Lukisan 
9.Simfoni Remaja 
10.Infiniti 
penerbit: krayon 
penerbit bersama: Yan 
susunan muzik: krayon & yan 
Anggota: 
Archid - Gitar & Suara Latar 
Isham : Vokal& Suara Latar 
Didi : Bass & Suara Latar 
Dean : Drums & percussion

21 September 2010

Lama Jadi Baru




Rindu - Kristal

Koleksi Kristal Klik tajuk lagu untuk mendownload....
1.Rindu
2.C.I.N.T.A
3.Insan
4.Rindu Serindu Rindunya
5.Sejati
6.Tiada Derita

Ringtone
Rindu

17 September 2010

Ruk Mai Yom Bplian Bplaeng


Kenal dengan Tik Shiro? Penyanyi dari negara Thailand yang popular zaman aku remaja dulu (90 an)...


Ruk Mai Yom Bplian Bplaeng - Tik Shiro
faa yang mee mon
fon yang mee wan laeng
sa-laak yang mee gin baeng
dtae haak ja baeng jai nee mai mee taang

naam man yang mee mot
rot jeung mee wan laang
dtae haak ja hai laang jai
mot jon leum ter bpai mai mee taang

fao neuk teung het gaan
dton tee rak gan
man yang in nai hua jai
yaak bok dtua eng leum kao sak tee laew mee mai

dtae tam-mai jai man mai dtaam jai
won-wian bpai dtae rak ter
bplian dtua eng mai bpen kon la kon
dtae bplian yang ngai tam-mai rak yang yoo meuan derm

owe . . . .oh . . . .oh rak mai yom bplian bplaeng

see yang mee bplian
kian yang mee wan lop
la-kon yang mee wan jop
dtae haak ja jop jai nee mai mee taang

raan yang mee wan bpit
kit yang mee yoot kit
dtae haak ja hai kit bpit
bpit mai hai kit teung mai mee taang

fao neuk teung het gaan dton tee rak gan
man yang in nai hua jai
yaak bok dtua eng leum kao sak tee laew mee mai
dtae tam-mai jai man mai dtaam jai
won-wian bpai dtae rak ter

bplian dtua eng mai bpen kon la kon
dtae bplian yang ngai
tam-mai rak yang yoo meuan derm

owe . . . .oh . . . .oh rak mai yom bplian bplaeng

rak ter yoo yaang nee yoo yaang nee dai-yin mai
waa rak ter maak kae nai dai-yin mai kao jai mai
rak mai yom bplian bplaeng

Kesimpulannya rak mai yom bplian bplaeng CINTAKU TAKKAN BERUBAH...

Download
Mp3
Ringtone

ISABELLA


Isabella - SEARCH
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

1
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

( ulang dari 1 )

Download
Mp3
Ringtone

ISABELLA memang benar sebuah cerita Dua Dunia yang lebih hebat lagi dari sebuah cerita Cinta antara Manusia. Ia sebenarnya adalah sebuah cinta kepada Dua Dunia yang berbeza kefahaman dan Dunia yang berbeza keyakinan namun mencari satu arah yang PASTI iaitu TUHAN yang maha agung.

Ia bukan sebarangan novel. Novelnya adalah novel teologi. Memperkatakan tentang Tuhan dari dua dimensi keagamaan. Kehebatannya tidak terhenti setakat pada argumentasi teologinya, malah saya mengagumi ketinggian adab dan budaya hemah bangsa Muslim yang berilmu lagi berbudi.

Ketika membahaskan tentang perbezaan kepercayaan dalam agama, Muslim yang diwatakkan di dalam novel itu tidak emosi malah jujur dan ikhlas dalam mengutarakan perdebatan.

Itulah novel ISABELLA.

Sebuah novel karangan Maulana Mohammad Saeed. “A Novel Based on a Comparative Study of Islam and Christianity”.

“Personal experiences of Christian girl, daughter of the head priest of Cordova, the historical city of Spain. She studied Christianity and tested it by its basic teachings. A time came when she understood the misguidance and disruption of Christianity when the reality was revealed to her and she abandoned Christian faith and embraced Islam. She faced bravely and willingly the hardships and tortures of her father, the head priest, her teacher, who gave her of Christianity and other fellow citizens. A worth reading and notable book, which enhances your knowledge.”

Dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

Kepada rakan yang pernah mencari cerita ISABELLA, pencarian anda sudah berakhir kerana PDF ISABELLA tersedia untuk tatapan umum.

Semoga kita mampu mengenal siapa ISABELLA.

Download Di sini

Kredit to http://saifulislam.com

14 September 2010

INIKAH RUPA GAMBAR PEGUAM BERGELAR DATOK (yg suratkhabar tak tulis nama), SASPEK BUNUH SOSILAWATI


Pengganas-Nrocinu


INI DATOK PEGUAM TANPA NAMA TU! JASA PADA NEGARA BANYAK SANGAT SAMPAI DI GELAR DATOK... (DATOK Pathmanabhan A/L Nalliannen)

YANG POWER RANGERS OREN TU PEGUAM, JADIK POWER RANGER OREN LAK..



YANG NIH ADIK DATOK ITU.. ADA NAMA (Surrendren)

INI POWER RANGER PURPLE GENG ATAU ADIK POWER RANGER OREN TADI...



Kredit to bagindareformasi

05 September 2010

SMUAPM @ MMPM Dalam Kenangan 2


Di sinilah AKU duduk letaknya dalam tahun 1991-1993.Walaupun hanya 3 tahun di sini. Kawan dan kenangan AKU lebih hargai berbanding di tempat lain. Mungkin awal remaja AKU bermula di sini..... Setiap sudut di sekolah ini ada nilainya bagi AKU.

Surau Sekolah
Apatah lagi surau sekolah ini, ada semacam taman bunga bersebelahan surau ini dan itulah tempat melepak AKU dan kawan-kawan sementara menunggu solat Zohor sebelum masuk ke kelas...macam-macam yang terakam di sini, kalau dikenang kadang ketawa sorang.

Bila AKU tingkatan 1@2, inilah tempat yang menjadi lorong wajib kerana kelas AKU bersebelahan saja, yang romeo time itu akan mempamerkan skillnya di sini. Haha, skill bergaduh pun ada di pamerkan.

Ini tempat yang paling nostalgia bukan AKU saja pasti Kawan yang lain pun... specialnya bukan apa ini merupakan laluan utama bagi yang kaki ponteng sekolah, beradu keng dan juga port yang paling sesuai untuk kaki perokok. Dilihat sekarang pun pasti tahu tujuan dawai dan pagar simen dipasang, jika dulu tiada semua tu... Fuh.. semuanya kalau diingat seperti mahu kembali ke masa dulu, tetapi mana boleh beb, muad sekali, remaja sekali, tua juga sekali dan mati pun sekali.....

1991-1993 Terima kasih SMUAPM@MMPM

Masa-Massa

Download
Mp3
Ringtone

Penghargaan koleksi gambar kepada Abd. Muhit Hussain(thank bro)

SMUAPM @ MMPM Dalam kenangan



Di sini AKU war-warkan kepada sesiapa yang merupakan bekas-bekas pelajar SMUAPM@MMPM untuk ke Majlis Hari Raya Sambil Menderma pada 12 Sep 2010(hari Ahad)untuk lebih lanjut klik banner di bawah...




Di Sini kami Berkumpul - Ae-Man
Di sini kami berkumpul
Sama dalam pengajian
Kami belajar membaca menulis
Semoga Allah berkati

Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta
Mesti dicari walau di mana
Kuatkan azam berusaha

Iman pula penting sekali
Mengubat jiwa penawar duka
Membina hati akhlak mulia
Mari kita suburkannya

Sopan santun budi pekerti
Ibu dan ayah ditaati
Guru di sekolah mesti dihormati
Jadikanlah pakaian diri

Anak yang soleh jiwanya besar
Menjauhi perkara mungkar
Berjuang berkorban walaupun sukar
Demi agama sanggup bersabar
Berkorban berjuang walaupun sukar
Demi agama sanggup bersabar


Download
Ringtone

01 September 2010

Tangan Hitam





Tangan Hitam-Handy Black
Laut tak semesti dalam
Siang pasti ada malam
Bertempur Antara nasib
Belum tentu

Aku tahu aku hitam
Tak secerah suria pagi
Namun aku masih tetap
memegang Semangat hati

Layar perahu meluncur
Ditiup angin seberang
kalau hujan turun nanti
Kan tenggelam... kemusnahan...

Melayarkan untung nasib
bukan kita menentukan
terbalik dan kehancuran
Hanya tetap bertadah tangan
Aku tetap bertadah tangan
Tangan yang hitam

Menyandarkan harapanku
Pada nasib selanjutnya
Bila jauh aku cari
aku tahu segalanya
Aku tetap bertadah tangan
Tangan yang hitam


Download
Mp3
Ringtone

31 August 2010

Yang Berlalu Tak Berulang


Lotter AF 4

NAMA SEBENAR: Lotter P. Edwin Edin

TARIKH LAHIR: 30 April 1982

TEMPAT LAHIR: Keningau, Sabah

PENDIDIKAN: SPM

PROFESION: Penyanyi

STATUS: Bujang

PENCAPAIAN: Naib Juara AF4

Sekarang Bersama kumpulan The Divine Masters.

Kredit to http://www.murai.com.my



Yang Berlalu Tak Berulang
Baruku sedari bintang
Rupa-rupanya mentari
Seluas lautan
Pasir tak terbilang

Baruku sedar Kasih
Rupa-rupanya Nurani
Menyemai dijiwa
Cinta tak terbayang

Chorus :
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh cinta
Jatuh cinta keranamu2x

Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa

Baruku sedar cinta
Rupa-rupanya pakaian
Sang Adam dan Hawa
Berbisik di syurga

Bridge :
Katakanlah
Apa saja yang terbuku oo
Usahlah malu
Biarkan cinta tunggu uh..uh..

Demi masa
Lintas sehala
Yang berlalu
Tak terulang


Download
Mp3
Ringtone

21 August 2010

Teringat Kuih Muih Tradisional Kelantan





Salam........
Bila Hari minggu datang ni...datanglah ilham dalam kepala hotak ni hendak makan macam-macam kuih yang ada di Bazar Ramadan di Kelantan, tapi apa daya aku jauh nun di hujung, nak buat boleh buat tetapi rasanya jauh terbang ke lain. Aku dengar lagu jerr le....


Tepung-Halim Yazid
Ketupat-ketupat ketape
Beke chek mek teghe woh hulu
Kelepak akok serabe
Taik itik woh gomok kosu
Nekbak onde2 senggupal puting sagu
Cendol lopak tike buoh tanjung koleh ubi kayu

Tepung kito banyok lah benar
Sedapnyo raso sudoh terkenal
Ado merato disegenap kedai
Rama oghe suko hargo tok maha

Cacar tepung ape tepung suna teri mandi
Cucur putu maye tepung bukus dan banyok lagi
Ado mace2 takdok pitih jah wei nok beli
Kalu kito bile sapa esok tok habis lagi

Kalu nok banding ngan negeri oghe
Tok leh nok tanding tak dok doh lawe
Tepung lah kuih negeri kelate
Lemok berair sedapnyo make

Banyok oghe jual dale bandar atau pun kapung
Belambok atah kedai dale market kot celoh lorong
Singgoh ladeh semeta beli sikit ko beli borong
Perabih 2 rial make sohge tok rok nok surong

Turun temurun tok nenek mula
Rasa disanjung tinggal pusaka
Inilah tepung hok kito ado
Jange lah capur nekbak ngan burger

Nok wak tepung pelita masuk kakah tok banyok kara
Pise atau gulo tepung beras capur ngan telor
Walau pun empat benda denga masok banyoknyo rasa
Itu satu tanda kepandaian bangsa kito


Download Lagu Tepung Kita
Mp3

17 August 2010

Kumpulan Galaksi


Kumpulan Galaksi ditubuhkan pada 1988. Berasal dari setiawan,Perak dan, sempat melahirkan sebuah album yang berjudul Harmoni.Dianggotai oleh:
penyanyi - zaid
gitar utama - mohd julaini (joe)
gitar bass - mohd ami (zam)
drum- roslan (lan)
gitar kedua - mohd zamhuri (man)

Album Harmoni ini dikeluarkan pada tahun 1992,Man MAY dan Aris Ariwatan merupakan penerbit bagi album kumpulan ini. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah:
1.Harmoni
2.Kaca Dalam Debu permata
3.Kejutan Rock
4.Damai
5.Makhluk Perosak

6.Pertukaran
7.Maida
8.Kugi Rock
9.Taman MAma
10.Yusarina

Klik judul lagu untuk mendownload.....

Download Ringtone
Kaca Dalam Debu Permata

13 August 2010

Di Hari Mindaku Terbuka



Kumpulan FRU (ataupun Five Rockers Union) adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mulai dikenali ramai setelah menyertai Pesta Hiburan Kingsway. Vokalis utama Kumpulan ini adalah Hattan yang merupakan bekas vokalis Kumpulan Pratayuda.

Mereka telah menerbitkan album 'Kelahiran' pada tahun 1989 yang popular dengan lagu 'Di Hari Mindaku Terbuka'


Di Hari Mindaku Terbuka-FRU(Hattan)
Terangnya suasana
Diruang alam nyata
Terlihat matahari
Mencurah sinar suci

Hembusan angin lalu
Membisik kata rindu
Pepohon sekitarku
Tersenyum tanda restu

Di hari indah ini
Ku mula terasa
Mindaku terbuka
Seluas saujana

Ku kenal dia
Ku kenal rasa
Aku kenal siapa kita
Ku kenal dia
Ku kenal cinta
Aku kenal siapa kita

Kau telah membuatku
Menjadi lebih dewasa
Mulai hari ini
Mencurah inspirasi


Download
Mp3
Ringtone versi original album

06 August 2010

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak


Sempena Ramadhan Al mubarak yang akan tiba tidak lama lagi, aku mengucapkan selamat berbuasa buat semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog aku yang serba dhoif ini.

Semoga Ramadhan ini kita jadikan sekolah untuk membaiki dan melatih diri ke arah yang lebih baik. Bulan Beribadat bukannya bulan BERPESTA MAKANAN....


Insan Hamba - Kristal
Ya...Rabbi....
setiap insan
Halus Fitrah dan jiwanya
Perlukan cinta perlukan rasa
Kasih dan sayang

Setiap Insan
Perlukan rasa bertuhan
Hamba padaNya Pada Ilahi
Pada Allah

Aku adalah hamba
PadaMu yang Esa
Aku akan berbakti
PadaMu oh tuhan

Kau yang maha pengasih
Tuhan maha penyayang
Pada hambaMu

Ku sujud kepadaMu
Ku serahkan jiwaku
Memuji dan membesarkanMu

Kau tuhan yang Esa....


Download
Mp3
Ringtone

30 July 2010

Cikgu Sulizi - Nasib Anok Kelate



Album Nasib anok klate


01.Sepi-Zainudin

02.Lalai-Sulizi
03.Prasangka-Zainudin
04.Akhlak mulia-Sulizi
05.Merdeka-Zainudin
06.Bahaya dadah-zainudin
07.Menanti-Zainudin
08.Saru-saru-Sulizi
09.Nilai murni-Zainudin
10.Nasib anok kelate-Sulizi

Tekan tajuk untuk mendownload

Download Ringtone Sepi

29 July 2010

XPDC Rasopariso



“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

List lagu dalam album ini ialah(Klik tajuk lagu untuk download):
1. Sanasinisamasaja
2. Aku Tetap Aku
3. Ntahye Ntahtidak
4. Rasopariso
5. Rasa
6. Puing Cinta
7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
1. Curahan Rasa
2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
1. Raja Kertas (Darjah Satu)
2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
3. Bahalol (Kita Peng Yu)
4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

Lagu yang 'terlupa' untuk dimasukkan...
1. Aku Yang Hilang
2. Apalagi Nak Di Kenang
3. Negatif

Download
Ntahye_Ntahtidak Ringtone

27 July 2010

Kumpulan Babylon


Kumpulan Babylon ditubuhkan pada 1982 berasal dari Kluang, Johor.
Dianggotai oleh:
Penyanyi - Hussein (Mohd Hussein Abdul Ghafor; lahir 1965 di Kluang, Johor)
Gitar - Hassan (Mohd Hassan Abdul Ghafor; lahir 1965 di Kluang, Johor)
Bass - Kamal (Kamarulzaman Kamarudin; lahir 1964 di Kluang, Johor)
Dram - Nahar(Raja Nahar; menyertai kumpulan Sofea, Burnmarks & Lipan Bara)
Black(Azmi Hashim; lahir 23 Mac 1966 di Beruas, Perak; menyertai kumpulan Wings & Strangers)

Sempat melahirkan 2 buah album iaitu Babylon(1990) dan 2020(1992).Pernah Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Api Cinta & Jambatan.


Hanya Laluan bagimu-Babylon
maaf boss...lirik tiada

Download
Mp3
Ringtone

23 July 2010

MAT GLAMOUR

DIKIR ABANG MAT GLAMOUR SAMPAI PERINGKAT ANTARABANGSA

Dikir barat bukan lagi muzik kebudayaan yang dipersembahkan dalam pesta-pesta kebudayaan atau sebagai penyeri majlis.Sebaliknya seni muzik tersebut berjaya memasukki carta muzik-muzik dan di persembahkan di peringkat antarabangsa. Kenyataan ini dibuktikan oleh pengamalnya Abang Mat Glamour atau Ahmad Awang Ahmad yang terkenal dengan lagu yang mendayu-dayu hingga boleh membangkitkan nostalgia melayu kelantan. Kebanyakkan lagu Mat Glamour terhasil daripada latar belakang kehidupan masyarakat melayu Kelantan misalnya lagu budu yang dinyanyikannya bersama Jali Bunga Tanjung sememangnya menarik dan menyelerakan. Itulah keistimewaan pendikir Mat Glamour yang menceburkan diri dalam bidang seni suara dikir barat secara serius sejak tahun 1992.

Buktinya dia telah berjaya mengeluarkan album pertama yang mendapat sambutan. Begitu juga album keduanya yang bertajuk Ke sayup Bintang Kejora Telah melonjakkan namanya di persada seni dikir. Ini kerana albumnya itu lebih berkonsepkan dikir blues dengan lagunya Lama Tak Jumpa berjaya menembusi carta Muzik-muzik meskipun hanya bertahan 2 minggu , namun Mat Glamour berjaya membuktikan bahawa lagu dikir barat juga ada tempatnya seperti lagu-lagu komersial yang lain. Pada bulan april 2006 ,Mat Glamour berduet dengan penyanyi terkenal di kalangan penyanyi dikir barat yang lain dalam satu konsert secara lansung. Mat Glamour unik kerana memiliki suara merdu, bertenaga dan mengasyikkan. Kemerduan suaranya itulah aset yang dimilikki hingga mencuri hati peminat setiap kali lagu diperdengarkan. Antara lagu yang mendapat sambutan menggalakkan ialah lagu terbarunya Dare Ko Buje dan Tangkap Lentok.

Selain itu terdapat beberapa buah lagunya yang menjadi halwa telinga peminat dikir barat seperti Sakat Buleh Janda, Kaya Raya, Baju Bundle, Jale-jale Cari Make, Belut dan sebuah lagu Arab iaitu Sallabalatul Laila. Walaupun kebanyakkan lagunya lebih kepada hiburan tetapi terdapat beberapa buah lagu Mat Glamour diselitkan unsur-unsur nasihat kepada kepada golongan remaja seperti Jaga Namamu yang menyeru agar remaja sentiasa memelihara maruah diri dan nama keluarga.


Ke Sayup Bintang-Mat Glamour

Download
Mp3
Ringtone

20 July 2010

Megat Nordin


Megat Nordin
Salah seorang penyanyi dikir barat yang sangat aku minati.....


Tinggallah Kasih-Megat Nordin
*Tinggallah kasih
Ku pergi dahulu
Membawa diri
Luka dihatiku

Berpisah kita
Takkan lagi bertemu
Lupakanlah saja diriku

Ulang*

Tinggallah kasihku
Tinggallah sayang
Ku pergi jauh
Di rantau orang

Pada diriku
Tak usah dikenang
Biarlah derita
Kutanggung seorang

Ulang*

Biarlah aku pergi
Membawa diri
Dengan bekalan
Pilu dihati

Hilanglah aku
Tak usah dicari
Anggaplah diriku
Tiada lagi

Ulang*

Kini diriku
Sepi sendirian
Tiada lagi
Kasih dan sayang

Bebunga kasihku
Layu kekeringan
Dedaun cintaku
Layu berguguran

Ulang*

Kusangka tenangnya
Air di muara
Rupanya gelombang
ganas bergelora

Budimu itu
Aku terpedaya
Mulutmu manis
Katamu dusta

Ulang*

Tidak aku menduga
Jadi begini
Janji sumpah setia
Dikau mungkiri

Semusim panas
Sinar mentari
Punah dek Kerena
Hujan sehari

Download
Mp3
Ringtone

18 July 2010

'barang naik'


Bluesgang-Naik turun

Petikan Dari Malaysiakini

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

etika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.


Download
Naik Turun Mp3
Naik Turun Ringtone

Kumpulan Axthara

Salam, Hari ini AKU kongsikan satu lagi kumpulan rock era 90 an iaitu kumpulan Axthara.Kumpulan ini berasal daripada negeri Johor. Penyanyi kumpulan ini ialah Ujang, mereka hanya melahirkan sebuah album sahaja iaitu berjudul "Cerucuk".

Tetapi pada tahun 1993, mereka menukar nama Axthara kepada Samudera. Vokalis kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray, yang popular dengan lagu "sungguh tak kusangka".

Pada masa sekarang Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur,Segamat.Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Info Album Cerucuk:

Senja Satu Persinggahan
Gerhana Kehidupan
Cerucuk Rapuh Menggugur Impian
Keranamu Kekasih
Wirakah Orang Kita

Dialunan Rindu
Kesesatan
Pejuangan Seni
Mimpi dilaman Mentari

Diterbitkan oleh P & C 1991 Karun Seni Sdn Bhd


Cerucuk Rapuh Menggugur Impian-Axthara


Download
Mp3
Ringtone

14 July 2010

Kumpulan AXL'S


Kumpulan AXL'S
Mereka popular dengan lagu Andai Ku Dapat Undur Masa di tahun 90an, AKU tiada Maklumat lebih lanjut mengenai kumpulan ini cuma penyanyinya bernama Elly yang masih aktif memenuhi undangan menyanyi. Lagu Kebenaran ini AKU hidangkan memandangkan elemen rock santainya....

Kebenaran-AXL'S
Maaf lirik tiada boss....

Download
Mp3
Ringtone

11 July 2010

Kumpulan Arena


Kumpulan Arena ditubuhkan pada tahun 1990. Kumpulan Arena adalah anak buah kepada Kumpulan Lefthanded. Saudara arwah Samad selaku penerbit album kumpulan ini.

Arena - Selamat Tinggal Cinta '91 - (1991)

Selamat Tinggal Cinta
Memburu Bayangan Mu
Edaran Masa
Warna Kehidupan
Suatu Perhitungan

Suara Kehidupan Mu
Bangkitlah
Generasi
Selagi Fajar menjelma
Waktu Yang Terluka

P & C 1991 Varia Muzik sdn Bhd 1991

penerbit: samad & dino varia
tukang taip list: mastercomp
studio: Boss studio singapore
manager: en salim abd rahman

lineup:
boy - gitar lead 2
megat - gitar lead 1
Rizam - Vokal
Mie - Drum
Zam - Bass

lagu2 dan lirik oleh:

dino varia, siti wan kembang, samad, rosli ali,
arab , mahzan B,bohari rahmat, Baba, dan mat indera

Antara lagu hits dari mereka iaitu Selamat Tinggal Cinta dan Selagi Fajar Menjelma. Lagu Selagi fajar Menjelma pernah memasuki pencalonan AJL, tapi tidak dapat masuk ke peringkat seterusnya. pada petengahan tahun 1991,kumpulan ni berpecah, dan boy selaku pemain gitar telah menukar haluan utk bermain bersama Kumpulan Melissa.

Memburu Bayanganmu
Kekasih tiada lagi di sisi
Di dalam sendu tangisanku
Tinggallah keindahan cinta kita
musnahlah ikatan rasa mesra kita

*Kelukaan menjelma pula
Kita menyahut panggilan duka
Ulang 2kali

Aku sendirian menghimpun detik
Yang telah kita lalui waktu bersama
Ketawamu masih bergema lagi
Bagaikan terdengar di telingaku

*Tangismu masih berlagu
Menambahkan pilu di kalbuku
Ulang 2kali

Kumemburu bayanganmu wahai kekasih
Yang telah hilang di rimba cinta kita berdua
Tak daya aku mencari lagi
Terasa gemilau senja di mana mana

Pabila malam kelam pula datang
Membuat semangatku terhenti untuk mencarimu
Kekasih kau tiada lagi di sisi
Tinggallah aku kini menyendiri


Download
Memburu Bayanganmu Mp3
Memburu Bayanganmu Ringtone

Kredit to ms.wikipedia.org/wiki/Arena_(kugiran)

06 July 2010

Kumpulan Amija



BUKAKAN TABIR CINTA
Hening malam
Melukis bayang bayang wajahmu
Lena tenggelam
Lemas layu di galeri rindu
Kau pamer cintamu pada ku

Engkau mawar
Peritku petik dari jambangan
Rindu dan dendam
Kian membara tak mungkin padam
Pamerkan cintamu padaku

* Tafakur cinta didadaku
Berarak mega mendung pun cerah
Dan berputik cinta di maya
Bintang menyinar
Ku petik dikau
Abadi diriba ku

** Berkelana cinta dibawah naunganmu
Ikhlas dan rela
Tiap waktu
Dipuncak singgahsana gemilang
Ku hampir dan ku cari
Kerelaan

*** Dalam restu mu
Limpahi daku
Kau bukakan tabir cinta itu
Dalam restu mu
Limpahi daku
Kau bukakan tabir cinta itu
Untuk ku


Ringtone
Amija-Bukakan Tabir cinta

2010:Lagu ini diterbitkan pada tahun 1992.Pernah menjuarai carta juara lagu di Pujaan 10 nescafe,Carta Dataran Merdeka,Di carta radio 3 KL dan radio di seluruh M'sia.Lagu ini di sampaikan oleh kumpulan AMIJA dianggotai oleh 5 anak muda yang terdiri daripada penyanyi-Aarom,Guitarist-Un war ,2nd guitar-Azman Terlena,Bass guitar-Hamid Khan dan Drummer-Hilmi.