Showing posts with label Dikir Barat. Show all posts
Showing posts with label Dikir Barat. Show all posts

21 August 2010

Teringat Kuih Muih Tradisional Kelantan





Salam........
Bila Hari minggu datang ni...datanglah ilham dalam kepala hotak ni hendak makan macam-macam kuih yang ada di Bazar Ramadan di Kelantan, tapi apa daya aku jauh nun di hujung, nak buat boleh buat tetapi rasanya jauh terbang ke lain. Aku dengar lagu jerr le....


Tepung-Halim Yazid
Ketupat-ketupat ketape
Beke chek mek teghe woh hulu
Kelepak akok serabe
Taik itik woh gomok kosu
Nekbak onde2 senggupal puting sagu
Cendol lopak tike buoh tanjung koleh ubi kayu

Tepung kito banyok lah benar
Sedapnyo raso sudoh terkenal
Ado merato disegenap kedai
Rama oghe suko hargo tok maha

Cacar tepung ape tepung suna teri mandi
Cucur putu maye tepung bukus dan banyok lagi
Ado mace2 takdok pitih jah wei nok beli
Kalu kito bile sapa esok tok habis lagi

Kalu nok banding ngan negeri oghe
Tok leh nok tanding tak dok doh lawe
Tepung lah kuih negeri kelate
Lemok berair sedapnyo make

Banyok oghe jual dale bandar atau pun kapung
Belambok atah kedai dale market kot celoh lorong
Singgoh ladeh semeta beli sikit ko beli borong
Perabih 2 rial make sohge tok rok nok surong

Turun temurun tok nenek mula
Rasa disanjung tinggal pusaka
Inilah tepung hok kito ado
Jange lah capur nekbak ngan burger

Nok wak tepung pelita masuk kakah tok banyok kara
Pise atau gulo tepung beras capur ngan telor
Walau pun empat benda denga masok banyoknyo rasa
Itu satu tanda kepandaian bangsa kito


Download Lagu Tepung Kita
Mp3

23 July 2010

MAT GLAMOUR

DIKIR ABANG MAT GLAMOUR SAMPAI PERINGKAT ANTARABANGSA

Dikir barat bukan lagi muzik kebudayaan yang dipersembahkan dalam pesta-pesta kebudayaan atau sebagai penyeri majlis.Sebaliknya seni muzik tersebut berjaya memasukki carta muzik-muzik dan di persembahkan di peringkat antarabangsa. Kenyataan ini dibuktikan oleh pengamalnya Abang Mat Glamour atau Ahmad Awang Ahmad yang terkenal dengan lagu yang mendayu-dayu hingga boleh membangkitkan nostalgia melayu kelantan. Kebanyakkan lagu Mat Glamour terhasil daripada latar belakang kehidupan masyarakat melayu Kelantan misalnya lagu budu yang dinyanyikannya bersama Jali Bunga Tanjung sememangnya menarik dan menyelerakan. Itulah keistimewaan pendikir Mat Glamour yang menceburkan diri dalam bidang seni suara dikir barat secara serius sejak tahun 1992.

Buktinya dia telah berjaya mengeluarkan album pertama yang mendapat sambutan. Begitu juga album keduanya yang bertajuk Ke sayup Bintang Kejora Telah melonjakkan namanya di persada seni dikir. Ini kerana albumnya itu lebih berkonsepkan dikir blues dengan lagunya Lama Tak Jumpa berjaya menembusi carta Muzik-muzik meskipun hanya bertahan 2 minggu , namun Mat Glamour berjaya membuktikan bahawa lagu dikir barat juga ada tempatnya seperti lagu-lagu komersial yang lain. Pada bulan april 2006 ,Mat Glamour berduet dengan penyanyi terkenal di kalangan penyanyi dikir barat yang lain dalam satu konsert secara lansung. Mat Glamour unik kerana memiliki suara merdu, bertenaga dan mengasyikkan. Kemerduan suaranya itulah aset yang dimilikki hingga mencuri hati peminat setiap kali lagu diperdengarkan. Antara lagu yang mendapat sambutan menggalakkan ialah lagu terbarunya Dare Ko Buje dan Tangkap Lentok.

Selain itu terdapat beberapa buah lagunya yang menjadi halwa telinga peminat dikir barat seperti Sakat Buleh Janda, Kaya Raya, Baju Bundle, Jale-jale Cari Make, Belut dan sebuah lagu Arab iaitu Sallabalatul Laila. Walaupun kebanyakkan lagunya lebih kepada hiburan tetapi terdapat beberapa buah lagu Mat Glamour diselitkan unsur-unsur nasihat kepada kepada golongan remaja seperti Jaga Namamu yang menyeru agar remaja sentiasa memelihara maruah diri dan nama keluarga.


Ke Sayup Bintang-Mat Glamour

Download
Mp3
Ringtone

20 July 2010

Megat Nordin


Megat Nordin
Salah seorang penyanyi dikir barat yang sangat aku minati.....


Tinggallah Kasih-Megat Nordin
*Tinggallah kasih
Ku pergi dahulu
Membawa diri
Luka dihatiku

Berpisah kita
Takkan lagi bertemu
Lupakanlah saja diriku

Ulang*

Tinggallah kasihku
Tinggallah sayang
Ku pergi jauh
Di rantau orang

Pada diriku
Tak usah dikenang
Biarlah derita
Kutanggung seorang

Ulang*

Biarlah aku pergi
Membawa diri
Dengan bekalan
Pilu dihati

Hilanglah aku
Tak usah dicari
Anggaplah diriku
Tiada lagi

Ulang*

Kini diriku
Sepi sendirian
Tiada lagi
Kasih dan sayang

Bebunga kasihku
Layu kekeringan
Dedaun cintaku
Layu berguguran

Ulang*

Kusangka tenangnya
Air di muara
Rupanya gelombang
ganas bergelora

Budimu itu
Aku terpedaya
Mulutmu manis
Katamu dusta

Ulang*

Tidak aku menduga
Jadi begini
Janji sumpah setia
Dikau mungkiri

Semusim panas
Sinar mentari
Punah dek Kerena
Hujan sehari

Download
Mp3
Ringtone