25 February 2010

Pemain Hati bertopeng CINTA

Bertopeng Cinta - SEARCH

Terbongkarlah
kepalsuan cinta mu
Terlihatlah
siapa engkau sebenarnya

Sekian lama
ku sanjung dan ku puji
Ku anggap engkau
seumpama bidadari

Dan terdedahlah
Kasihmu selama ini palsu
Dengan kecantikan
terjeratlah aku ke sangkar impian

Musnah cinta
dan tergadai harta
Tersialah
harapan yang ku impikan

Dan ternyatalah
Serigala bertopengkan isinya
Kaulah Serigala
bertopeng cinta memamah segala

Kini madu menjadi hempedu
Kini rindu menjadi sembilu
Engkau siat dan engkau mamah cinta
Hanya tinggal jiwa yang merana


1996:Jangan mudah terpesona dengan lemah lembut tingkah laku, tutur kata sopan.Itu belum lagi mencerminkan niat di hati.Jangan jadi JAMBATAN untuk orang lain.

Download Bertopeng Cinta

22 February 2010

Solat itu berat bagi yang pemalas


Khabarnya lagu Maghrib ini adalah lagu yang popular pada tahun 60-an dan dinyanyikan oleh orang lain. Bumiputra Rockers kemudiannya menyanyikan semula lagu ini dalam album pertama mereka iaitu Selamat Pagi Malaysia.

Lagu ini menegur manusia yang malas mahu menunaikan solat dan mengingatkan kita bahawa mati datang pada bila-bila masa. Jangan menangguhkan amal-amal soleh kerana esok mungkin kan mati. Oh ya, lagu ini sesuai ditujukan kepada kawan-kawan kita yang masih bermain bola sepak di padang apabila waktu Maghrib telah pun menjelma.


Maghrib
Album: Selamat Pagi Malaysia
Tahun: 1987

Kala mentari mula tenggelam
Awan di langit mulai menguning
Terdengar suara azan
Memuja nama Tuhan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Suara Bilal menyebut nama Allah
Pesuruh-Nya Muhammad Rasulullah
Suasana sedu-sedan
Menghening keadaan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Ku tahu di hatimu
Mungkin berat nak kau tunaikan
Ku tahu alasanmu
Mungkinkah esok nanti
Akan kau cuci dosa-dosamu

Di bumi inilah kita tinggal
Izin hidup hanya satu penggal
Mungkin esok kan mati
Dunia tiada lagi
Barulah kau nak menyesal
Banyak telah kau tinggal lagi

2010-Peringatan untuk diriku dan semua.

Download Maghrib

12 February 2010

Aku Cinta Pada Mu

Kasih Syurgawi-Iklim


(korus)
Pohon cinta kita seindah pelangi
Menjadi rimbunan teduhan asmara
Mahligai rindu ku pun terbina
Kaulah bidadari hingga akhir nanti

Alam bagaikan merestui
Kasih wangian kasturi
Embun menitiskan simpati
Pengorbanan suci oh isteri

Tiada terbalas luhur budi
walau segunung baiduri
Engkau lah penawar yang azali
Walau racun bisa yang menguji
kemuliaanmu....

Takku biar airmata mu mengalir
Kerana cemburu kau tersalah sangka
Maafkan andainyaku mengasari
Tiada terniat untuk melukai

ulang korus

Andainya bisaku zahirkan
mekar bunga yang di taman
Pasti kutaburkan untukmu
Seharumnya cinta yang kau beri
Kasih syurgawi...


Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Kredit to http://azharahmad.com

2002-sekarang :Terima kasih wahai isteriku kerana kaulah isteriku,kaulah ibu kepada anak-anakku(muhammad alif aiman & muhammad adam haiqal,kaulah penenang jiwa dan raga.TERIMA KASIH..........

Download Kasih Syurgawi

06 February 2010

Amalan Songsang

Pompeii - Sejarah Sodom dan Gomorrah yang berulang

Pompeii adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah menjadi puing dekat kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Italia. Pompeii hancur oleh letusan gunung Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbun kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang selama 1.600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan Kekaisaran Romawi. Saat ini kota Pompeii merupakan salah satu dari Kawasan Warisan Dunia UNESCO.

Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinaan, jumlah rumah-rumah pelacuran tidak dapat ditentukan disebabkan terlalu banyak. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi, akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius.Para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan terawetkan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan.

Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih bawah umur. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi terkejut, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba.

Aspek ini menunjukkan bahwa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa adzab yang dikisahkan dalam Alqur'an maupun bible tentang penghancuran peradaban kaum Nabi Luth/loth yaitu Kaum Sodom dan Gomorah.Masyarakat Sadum atau Sodom adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya, rusak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran merajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik orang lain merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat berkuasa, sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas dan budaya hidup mereka adalah perbuatan homoseks di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.

Seorang pendatang yang masuk ke Sodom tidak akan selamat dari gangguan mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga, barangnya akan dirampas. Bila ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok, maka ia akan menjadi rebutan mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya. Sebaliknya bila si pendatang itu seorang perempuan muda maka dia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Cuba dihayati bersama lagu dan liriknya yang penuh nasihat ini..

Gegar Gunung Gemora -Wings
Sememangnya aku tak mengerti
Awalnya tiadaku menyangka
Gayamu

Cara-cara mana telah kau guna
Hilang jalan pintunya mana
Carilah semula

*
Jalan kau ikut salah
itukan jalan sehala
Awas-awas bahaya
ingat pada kutukan/musibah

Kau ada sifat yang sempurna
Tapi akal tidak berguna
Kau lupa musibahnya/balasannya

Diberi satu tanda tapi engkau tak percaya
Diturunkan musibah kau kata petaka cuma
Gegar gunung gemura bukanlah satu cereka
Dunia gelap gelita kutukan diterima

(ulang dari *)

Tak mungkin diterima ini satu gejala
Dunia gelap gelita kutukan diterima
Dulu lagi dah jadi mudah kita terlupa
Gegar gunung gemura bukanlah satu cereka

Download Gegar Gunung Gemora

05 February 2010

Brother..Lu bukan Brother

Kau Bukan Brother-Wings

Lagaknya tenang tak ramai perasan
Ada kala dia seakan budiman
Tapi air tenang jangan sangka tiada buaya

Dia licin, pantas, dan kenal semua lubang
Yang atas, yang paria, semua dalam cengkaman
Kuasa tepung syurga, igauan masyarakat

Dia tak kenal umur, dia tak kenal bangsa
Jika ada duit, adalah barangnya
Duit untuk racun, racun untuk khayal seketika

Kau bukan brader, kau bukan orang
Perosak bangsa, engkaulah binatang
Tak dapat ibu, anak kau musnahkan
Asal puas nafsumu, menyokong syaitan....
(Kau syaitan...)

Di sekolah, di rumah, di hospital, di mahkamah
Dia akan bersarang kalau tak dijaga
Tak mudah dikesan, dia macam saudara


Kesan-kesan Buruk Dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

04 February 2010

Bagai mati sebelum mati


(Gambar Hiasan)
Mati Hidup Semula-Jamal Abdillah

Mati Hidup Semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula


Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah:
1. Kerana ingin tahu .
2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah.
4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .
5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu :
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi

1993-1995 : Bergelumang najis dadah ibarat mati sebelum mati.Jangan musnahkan masa depan sendiri hanya kerana keseronokan yang sementara.Segala perasaan benci dan meluat masyarakat terhadap penagih hingga ada yang memulaukan,ada juga yang simpati itu hanya beberapa kerat.AKU tahu dan MEMANG AKU tahu.Perit lagi memandang wajah sedih dan sayu kedua orang tua yang mengimpikan seribu harapan terhadap kita.Hancur luluh hati mereka.AKU tahu dan AKU MEMANG TAHU.Selagi ada ruang,berpatah baliklah kerana memang jalannya luas terbentang.Alasan jangan diberi kerana ada yang telah membuktikan kejayaannya.AKU tahu,MEMANG AKU tahu....

02 February 2010

Egois ....

Bersalah Atau Tidak

Hujan
di tengah hari ini
bagai memberi tanda
berakhir sebuah cinta

oh
retak yang telah terbelah
tak perlu diratapi
usah disesali

bersalah atau tidak
bukan persoalan bukan sebab
hanya perasaan
yang telah terpadam

bukan mudah selami
jiwa yang angkuh
cita-cita
yang mengelirukan diri
mendustai hati

walau apa terjadi
roda hidup terus berputar
menjadi teman kita
menggilis kita.


1998-1999 :Inilah masalah sekiranya terlalu mengharapkan DIA berubah sikap dan tingkah laku sedangkan dalam diri DIA terlalu ego dan angkuh. Bukan tidak tahu yang perubahan itu ke arah yang baik tetapi DIA hanya mendengar kata hati DIA sahaja. Kata-kata aku tetap aku selalu AKU dengar. Selama 2 tahun AKU mencuba, 3 tahun selepasnya DIA sedar apa yang AKU cuba buat itu sebenarnya BAIK. 5 tahun untuk mengetahui apa yang AKU sarankan adalah perkara yang baik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya berubah jugak walaupun bukan bersama AKU.......