04 March 2013

Harimau Malaya - Spring



Harimau Malaya - Spring
Mula lahirmu ke akhir hayat
Catitan hidupmu termaktub sudah
Membasmi menghancurkan pengkhianat bangsa
Titisan darahmu mencipta sejarah

Telah bersaksi langit dan bumi
Strategi tempurmu menakutkan musuh
Kuasa besar yang tamak dan angkuh
Tiada kau gentar malah kau rempuh

Tiada kau kenal tak gentar saudara
Pembelot kan hapus di hujung senjata
Bencinya dikau kepada penindasan
Rela kau lebur dari berputih mata

Wira perkasa gugur bagai pahlawan
Gagah setia dari zaman ke zaman

Kini semuanya telah berakhir
Jasa budimu kan terus terukir
Bangun temanku tiupkan semangatmu
Belang yang tinggal takkan jadi abu

Wira perkasa gugur bagai pahlawan
Hidup berjasa ketulusan keazaman
Gagah setia dari zaman ke zaman
Harimau malaya menjadi kebanggaan


Download
Mp3

3 comments:

Fans Spring said...

Lagu ciptaan Zaha Spring. Mmg hebat! Dan sepatutnya dimainkan utk sempena semangat patriotik!

Sontoloyore said...

Ganas gak lagu ni

Zaha Spring said...

Terima kasih admin