Pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu meninggal dunia pagi ini (28.2.2013),
ketika membuat persembahan di LKIM, beliau tiba-tiba jatuh semasa
membuat persembahan
Potret wajahmu - Zaidi Buluh Perindu
***
Bila rindu, kutatap potret wajahmu,
Kini berlalu, sudah kisah cintaku,
Tangis di kalbu, terus merindu,
Ku seru namamu, di angin yang lalu
***
Bilaku renung, bulan di awan,
Nampak wajahmu, terbayang-bayang,
Manisnya senyum, hati tertawan,
Nak peluk gunung, tak sampai tangan,
***
Aku berpaut, di ranting usang,
Jiwa merajuk, sepi mencengkam,
Kusangka jujur, hati mu tuan,
Rupa ku tepuk, sebelah tangan,
***
Ku tanam padi, lalang berisi,
Ku tabur budi, budi tak jadi,
Kini sendiri, mengikut hati,
Terus mencari, sinar pelangi,
***
Ku sangka panas, sampai ke petang,
Rupanya lemas, dek hujan datang,
Kini kau bebas, membuat pilihan,
Bagaikan unggas, terbang di awan,
***
Cintaku karam, di laut sepi,
Kena gelombang, patah kemudi,
Kasih dan sayang, tiada lagi,
Hancur harapan, tiada mimpi,
***
Download
Mp3
No comments:
Post a Comment