17 September 2020

Dinasti Air Mata -Desire

Dinasti Air Mata -Desire
Engkau bina istana
Atas linangan air mata
 
Engkau kah manusia
Yang senantiasa disanjungi
 
Seakan-akan ditimpa oleh bencanamu
Yang teramat hebat
Hilang segalanya
 
Inikah keadilan
Yang sering kau laung-laungkan oh ooo
 
Ini kah pembalasan
Yang termampu engkau hadiahkan oh ooo
 
Menjadi pelarian oh di bumi sendiri
Bangkit kejahilan
Bagaikan firaun
 
c/o
Kau
Kau
Kau memang kejam oh manusia
Kau
Kau mengkhianati segalanya
Kau
Kau menghancurkan semuanya
Kau
Kau lah pendusta

Download Mp3

Kumpulan ERAT


Kumpulan Erat merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif pada era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock melayu.

 

Fantasia cintamu - Erat 

Ku menjejaki langkah 
Ku hamparkan sutera keindahan 
Moga berseri kembali 
Selendang buat puteri 

Leka aku berasmara 
Terkejut hingga layu kemboja 
Ku siram tunas sejati 
Tumbuhnya mekar berduri 

Dulu aku sering tertanya 
Relakah hidup tanpa cinta 
Tangis senda mengiring kita 
Rempuh gelora rentasi jejak yang sepi 

 Oooooooo 

Leka aku berasmara 
Mengucupinya layu kemboja 
Ku siram tunas sejati 
Tumbuhnya mekar berduri 

Tidak pernah ku terduga 
Hingga akhirnya jadi begini 
Cintamu hanya fantasi 
Diriku terbuai mimpi

Download Mp3

16 September 2020

Siapa Benar Siapa Salah - Iwan

Siapa Benar Siapa Salah - Iwan 
Sekejam itu kau fitnahkan
Tuduhan yang kau lemparkan
Tenggelam aku dihasut dusta
Tercemar diri ini...

 Sedalam mana kepalsuan
Yang kau tusukkan padaku
Tabahku terima walaupun berbisa
Hanyalah tuhan yang tahu segalanya
 
Apa sebenarnya yang engkau ingini
Kasih sayangku pengorbananku tak dihargai
Apa sesungguhnya yang aku kesali
Kemesraanmu kesetiaanmu
Menjadi mimpi mimpi yang ngeri
 
Siapa benar siapa salah
Mana sebenarnya yang salah
Jika benar takkan salah
Yang bersalah kan tetap salah
 
Apa sebenarnya yang engkau ingini
Kasih sayangku pengorbananku tak dihargai
Apa sesungguhnya yang aku kesali
Kemesraanmu kesetiaanmu
Menjadi mimpi mimpi yang ngeri
Siapa benar siapa salah
Mana sebenarnya yang salah
Jika benar takkan salah
Yang bersalah kan tetap salah
 
Siapa benar siapa salah
Mana sebenarnya yang salah
Jika benar ku bersalah
maafkanlah kesalahanku
 
Siapa benar siapa salah
Mana sebenarnya yang salah
Kalau memang kau bersalah
Kumaafkan kesalahanmu

Download Mp3

12 September 2020

Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor riza


 
Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor riza
Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
 
Kaukah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Titik kenangan
Yang bernama pengalaman
 
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
 
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
 
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
 
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
 
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
 
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Download Mp3

07 September 2020

Madah Dan Karenah - Ramlah Ram

 

Madah Dan Karenah - Ramlah Ram

Biar buta penglihatan

Jangan buta hati dan fikiran

Biarpun miskin harta

Jangan papa adat dan bahasa

 

Helang-helang buana

Jangan lupa saudara tetangga

Bila hujung dijumpa

Jangan pula pangkal yang kau lupa

 

Harumnya bunga rampai

Oleh kerana ramuan yang pandai

Indahnya sang pelangi

Tapi sayang tiada bererti

 

Hidup dalam dunia banyak ceritanya

Selagi bernyawa ada saja kerenahnya

Yang indah hanyalah bahasa

Disebut dibaca gurindam serta seloka

 

Namun kenyataan

Hidup masih tetap sama

Tidak kira walau di mana

Tepuk dada tanya selera amalan biasa

 

Harumnya bunga rampai

Oleh kerana ramuan yang pandai

Indahnya sang pelangi

Tapi sayang tiada bererti

 

Ohh penyair atau pujangga

Bermadah kelana dunia begitu jua

Dahulu mahupun sekarang tiada berbeza

Pucuk pangkal hati jua

 

Kalau emas-emas jua

dibuang tetap berharga

Kalau besi-besi jua

kan karat akhirnya

 

Dunia banyak ceritanya selagi bernyawa

Ada saja kerenahnya

Yang indah hanyalah bahasa

Disebut dibaca gurindam serta seloka

 

Namun kenyataan hidup

Masih tetap sama

Tidak kira walau di mana

Tepuk dada tanya selera amalan biasa


Download Mp3