16 November 2011

Pengertian Cinta - Skala

 
Pengertian Cinta - Skala 
Dan sesungguhnya kebenaran ini adalah nyata 
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta 

Kerana kasihNya disertai bukti dan dirasai 
Bagai mentari menyerahkan kasih kepada bumi 

Dan alam ini menaburkan rezeki pada insani 
Kerana KasihNya tiada terbatas tiada terperi 

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan 
Tiada terbatas pemberian yang kau inginkan 

Tanda keagungan kasih sayang yang Engkau curahkan 
Namun masih ada yang tidak sedar kasih padaNya 

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu luas 
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta 
Dilihat dirasa dengan mata hati insan sejati 

Download Mp3

No comments: