27 February 2021

Jangan Menangis Norlela – Kulit

Airmata yang kau titiskan
Bukanlah penyudah derita
Bisa sengsara kerana luka
Tak mungkin kan terpadam

Memang lumrahnya percintaan
Banyak duri dalam senyuman
Madu terhidang racun terminum
Dan sengsaralah kau sayang

Aku yang setia menanti
Hanya mampu memandang
Walau dukamu seakan turut kurasai

Hatiku yang pernah kau lukai
Tidak pernah tertutup buatmu\
Cintaku masih bagai dulu
Segar dan menguntum

Keringkan kasih airmatamu
Jangan menangis lagi
Aduhai Norlela

Lupakan dukamu yang silam
Ceria tak sekali
Esok mentari pasti bersinar lagi

Aku masih lagi di sampingmu
Menebus seribu kembang cinta
Dari tujuh taman asmara
Ku sunting untukmu

Redup bukannya bererti hujan
Hujan tidak semestinya ke petang
Begitu ibaratnya hidup
Di antara kita

Keringlah kasih airmatamu
Jangan menangis lagi
Aduhai Norlela

 

No comments: