05 September 2010

SMUAPM @ MMPM Dalam Kenangan 2


Di sinilah AKU duduk letaknya dalam tahun 1991-1993.Walaupun hanya 3 tahun di sini. Kawan dan kenangan AKU lebih hargai berbanding di tempat lain. Mungkin awal remaja AKU bermula di sini..... Setiap sudut di sekolah ini ada nilainya bagi AKU.

Surau Sekolah
Apatah lagi surau sekolah ini, ada semacam taman bunga bersebelahan surau ini dan itulah tempat melepak AKU dan kawan-kawan sementara menunggu solat Zohor sebelum masuk ke kelas...macam-macam yang terakam di sini, kalau dikenang kadang ketawa sorang.

Bila AKU tingkatan 1@2, inilah tempat yang menjadi lorong wajib kerana kelas AKU bersebelahan saja, yang romeo time itu akan mempamerkan skillnya di sini. Haha, skill bergaduh pun ada di pamerkan.

Ini tempat yang paling nostalgia bukan AKU saja pasti Kawan yang lain pun... specialnya bukan apa ini merupakan laluan utama bagi yang kaki ponteng sekolah, beradu keng dan juga port yang paling sesuai untuk kaki perokok. Dilihat sekarang pun pasti tahu tujuan dawai dan pagar simen dipasang, jika dulu tiada semua tu... Fuh.. semuanya kalau diingat seperti mahu kembali ke masa dulu, tetapi mana boleh beb, muad sekali, remaja sekali, tua juga sekali dan mati pun sekali.....

1991-1993 Terima kasih SMUAPM@MMPM

Masa-Massa

Download
Mp3
Ringtone

Penghargaan koleksi gambar kepada Abd. Muhit Hussain(thank bro)

No comments: