Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
17 September 2010
ISABELLA
Isabella - SEARCH
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
1
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
( ulang dari 1 )
Download
Mp3
Ringtone
ISABELLA memang benar sebuah cerita Dua Dunia yang lebih hebat lagi dari sebuah cerita Cinta antara Manusia. Ia sebenarnya adalah sebuah cinta kepada Dua Dunia yang berbeza kefahaman dan Dunia yang berbeza keyakinan namun mencari satu arah yang PASTI iaitu TUHAN yang maha agung.
Ia bukan sebarangan novel. Novelnya adalah novel teologi. Memperkatakan tentang Tuhan dari dua dimensi keagamaan. Kehebatannya tidak terhenti setakat pada argumentasi teologinya, malah saya mengagumi ketinggian adab dan budaya hemah bangsa Muslim yang berilmu lagi berbudi.
Ketika membahaskan tentang perbezaan kepercayaan dalam agama, Muslim yang diwatakkan di dalam novel itu tidak emosi malah jujur dan ikhlas dalam mengutarakan perdebatan.
Itulah novel ISABELLA.
Sebuah novel karangan Maulana Mohammad Saeed. “A Novel Based on a Comparative Study of Islam and Christianity”.
“Personal experiences of Christian girl, daughter of the head priest of Cordova, the historical city of Spain. She studied Christianity and tested it by its basic teachings. A time came when she understood the misguidance and disruption of Christianity when the reality was revealed to her and she abandoned Christian faith and embraced Islam. She faced bravely and willingly the hardships and tortures of her father, the head priest, her teacher, who gave her of Christianity and other fellow citizens. A worth reading and notable book, which enhances your knowledge.”
Dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.
Kepada rakan yang pernah mencari cerita ISABELLA, pencarian anda sudah berakhir kerana PDF ISABELLA tersedia untuk tatapan umum.
Semoga kita mampu mengenal siapa ISABELLA.
Download Di sini
Kredit to http://saifulislam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment