22 February 2010

Solat itu berat bagi yang pemalas


Khabarnya lagu Maghrib ini adalah lagu yang popular pada tahun 60-an dan dinyanyikan oleh orang lain. Bumiputra Rockers kemudiannya menyanyikan semula lagu ini dalam album pertama mereka iaitu Selamat Pagi Malaysia.

Lagu ini menegur manusia yang malas mahu menunaikan solat dan mengingatkan kita bahawa mati datang pada bila-bila masa. Jangan menangguhkan amal-amal soleh kerana esok mungkin kan mati. Oh ya, lagu ini sesuai ditujukan kepada kawan-kawan kita yang masih bermain bola sepak di padang apabila waktu Maghrib telah pun menjelma.


Maghrib
Album: Selamat Pagi Malaysia
Tahun: 1987

Kala mentari mula tenggelam
Awan di langit mulai menguning
Terdengar suara azan
Memuja nama Tuhan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Suara Bilal menyebut nama Allah
Pesuruh-Nya Muhammad Rasulullah
Suasana sedu-sedan
Menghening keadaan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Ku tahu di hatimu
Mungkin berat nak kau tunaikan
Ku tahu alasanmu
Mungkinkah esok nanti
Akan kau cuci dosa-dosamu

Di bumi inilah kita tinggal
Izin hidup hanya satu penggal
Mungkin esok kan mati
Dunia tiada lagi
Barulah kau nak menyesal
Banyak telah kau tinggal lagi

2010-Peringatan untuk diriku dan semua.

Download Maghrib

No comments: