05 February 2010

Brother..Lu bukan Brother

Kau Bukan Brother-Wings

Lagaknya tenang tak ramai perasan
Ada kala dia seakan budiman
Tapi air tenang jangan sangka tiada buaya

Dia licin, pantas, dan kenal semua lubang
Yang atas, yang paria, semua dalam cengkaman
Kuasa tepung syurga, igauan masyarakat

Dia tak kenal umur, dia tak kenal bangsa
Jika ada duit, adalah barangnya
Duit untuk racun, racun untuk khayal seketika

Kau bukan brader, kau bukan orang
Perosak bangsa, engkaulah binatang
Tak dapat ibu, anak kau musnahkan
Asal puas nafsumu, menyokong syaitan....
(Kau syaitan...)

Di sekolah, di rumah, di hospital, di mahkamah
Dia akan bersarang kalau tak dijaga
Tak mudah dikesan, dia macam saudara


Kesan-kesan Buruk Dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

No comments: