05 May 2024

Rasa - Vibra

Bangkit dari lingkaran mimpi
Peluh tubuh penuh di dahi
Apa maksud yang telah diberi
Bingung benak oh naluri

Langkah longlai terus berjalan
Menghantui mimpi semalam
Dapatkah kau rasa oh kawan
Bingung fikiranku kelam

Sambut tangan 
Berikanku semangat
Agar aku tidak merasa dosa

Yang lama telah kulakukan
yang lama telah kurasakan
Yang lama telah kutinggalkan

Yang lama telah kulakukan
Yang lama telah kutinggalkan
Yang lama telah kulupakan

Bangkit dari lingkaran mimpi
Peluh tubuh penuh di dahi
Apa maksud yang telah diberi
Bingung benak oh naluri

Langkah longlai terus berjalan
Menghantui mimpi semalam
Dapatkah kau rasa oh kawan
Bingung fikiran ku kelam

Materialisma - Purnama

Ku cari hakikatnya
Apa erti kehidupan
Kiniku telah pasti
Duniawi hanya pinjaman
 
Janganlah engkau khayal
Dengan godaan syaitan
Mengejar materialisma
Kita kan hilang pedoman
 
Bersyukurlah selalu
Kepada yang kuasa
Semoga kau selamat
Di dunia dan akhirat
 
Janganlah engkau suka
Mencaci insan yang malang
Lihatlah akan dirimu
Adakah ia sempurna
 
Janganlah engkau takbur
Sombong,bongkak dan riak
Hilangkan hasad dengki
Pasti engkau diberkati
 
Semua hanya pinjaman
Tiada yang berkekalan
Suatu pun kau tak punya
Rupanya aku pun tiada

Download Mp3

20 March 2024

Seloka Jegela Melayu - M.Nasir

Kini sampai waktunya
kita beristiharah
selepas penat berhempas pulas
Meredah kehidupan
abad ke dua puloh
yang mengancam dan mencabar
 
Puas kita berfikir
puas kita berikhtiar
Mengaji dan mengkaji
ilmu timur dan barat
Ke mana hilang lenyap
ayat inspirasi mu
Lambang kesedaran hakiki
Insan insan
Insan insaf
Insan sedar
Insan sedar
 
Sia-sialah bahasa yang indah
Tanpa berbudi pekerti sejati
 
Tamsilkan ia
ibarat yang mudah
dari seloka jegela melayu
Moga berjaya

Download Mp3

16 March 2024

Terkuburnya Sebuah Harapan - Inspirasi

Doa mu yang terakhir
Harungi
Segunung harapan..
 
Kau Layarkan di masa
Hadirmu
Bahtera cita ini..
 
Damai sudah impian
Batin ku
Namun masih sunyi..
 
Kau pergi tak kembali
Ku menyambung kisah
Harapan yang membara
Mata segala jaya
 
Kata perpisahan
Yang kau beri padaku
Akan ku perjuangkan
Cita cita mu
 
Saat perpisahan terjalin
Di antara kita
Terasa bagai bencana menimpa..

Download Mp3

04 January 2024

Silaturahim -Samudera

Engkaulah rohaniku
Mengalir di jiwa
Kau nur berkilauan di jantungku
Nafas kuhela
Menyebut indah namamu
Kau yang satu
 
Aku saksikan ujian
Alam terbentang
Namun dirimu jadi pujaan
Walau diganti di tangan
Bulan dan bintang
Rela denganmu disatukan
 
Kucari kutanya
Hanya sebut namamu
Kusedar kulena
Kau tetap bersama
 
Kini kau yang ku miliki
Nama rupa dan cara
Bersatu jasad dan nyawaku
Kita serupa
 
Sempurna janji kita
Bersaksikan bumi
Dan tujuh petala langit tinggi
Aku pasti merasai cinta suci
Silaturahim
 
Kasihmu tiada dapat ku cari ganti
Hingga kurela hancur keranamu
Tiada kata dapat ku lafazkan lagi
Waktu di syurgawi cintamu

27 November 2023

Barang Terlarang - Lestari

Pusing terbawa ke surga yang mendera
Debu khayalan membuat diri merana
Lorong hitam jalan belakang mengancam
Bunga kepalsuan semata
 
Usah tumbuh diancam kemudharatan
Lantaran kejahilan berpanjangan bersama...
Malam terlarang gelap terbayang di mata
Aku bermaksud jalan sekali ini jua
 
Asap kenikmatan bersarang di dada
Nikmat sementara yang nyata
Nyalakan semangat pikir jangan tinggal
Serta hampirilah pada Yang Maha Esa hoo...
 
Hapuskan bayangan hitam
Pinggirkan makanan syaitan
Kunci hidup di tangan
Terserah bawa haluan...
 
Pusing terbawa ke surga yang mendera
Debu khayalan membuat diri merana
Barang terlarang jelas terbayang di mata
Satu persatu jangan sekali di cuba...

Download Mp3

11 November 2023

Cinta Dilamar Harta - G.E.T

Bicara sebaris terhenti seketika
Di kala bibir masih memuja
Cinta dibayangkan indah
Kini dihina berbagai nista
Kerana harta
 
Asmara
Gelora terhenti menggila
Di usung kaku lalu membisu
Aku yang masih tak mengerti
Cinta sendiri
Ke mana haluan tanpa hinaan
Yang kau berikan
 
Sungguh ku takkan lagi mengerti
Anugerah yang diberi menyiksa diri
 
Bila cinta dilamar harta
Aku yang lebih tersiksa
Takkan bisa menandingi
Harga cinta yang murni
Sejati
 
Oh.. oh.. oh
 
Bercinta bagai mengisi kehendak dunia
Ketulusannya telah tiada

Download Mp3