20 March 2024

Seloka Jegela Melayu - M.Nasir

Kini sampai waktunya
kita beristiharah
selepas penat berhempas pulas
Meredah kehidupan
abad ke dua puloh
yang mengancam dan mencabar
 
Puas kita berfikir
puas kita berikhtiar
Mengaji dan mengkaji
ilmu timur dan barat
Ke mana hilang lenyap
ayat inspirasi mu
Lambang kesedaran hakiki
Insan insan
Insan insaf
Insan sedar
Insan sedar
 
Sia-sialah bahasa yang indah
Tanpa berbudi pekerti sejati
 
Tamsilkan ia
ibarat yang mudah
dari seloka jegela melayu
Moga berjaya

Download Mp3

No comments: