10 April 2010

Biar lambat Asal Buat Beb



Keinsafan-Krabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

( solo )

( ulang korus & 1 )

( 1 )
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu penangguhan
Buatku mengucapkan kalimah
Terakhir...

Download Keinsafan
Sumbangan Nurybisa@NurySabar (Tak Mahu - 1994) - Ciku production(Manan Ngah)

1993 Kerugian mengikut RASA
1997 Bersyukur.... Mengikut KATA

09 April 2010

Kita Hanya Musafir...

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang hari. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)

hadis di atas terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti. Sesungguhnya manusia bermula kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya. Kedatangan manusia di dunia (sebagai manusia) adalah seperti datangnya orang asing. Padahal sebenarnya tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan, ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah syurga. Sesungguhnya Adam diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukannya. Jika direnungkan hal ini, dapat disimpulakn seorang muslim yang hakiki akan senantiasa mengingatkan nafsunya dan mendidiknya dengan prinsip bahwa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cubaan di dunia ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh Al Musthofa shalallahu ‘alaihi wa sallam.

‘Dari hadis yang dirawikan oleh Bukhari dan sedikit penjelasannya kita dapat menyimpulkan bahwa kita sebagai ummat islam harus memanfaatkan setiap detik yang Allah berikan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Sumber http://muslim.or.id


Musafir-Search

setiap pancainderaku
menangis cinta kasihmu
meronta-ronta
merapai-rapai
didalam gelap gelita
musafir dalam derita
menjerit tanpa suara
adalah aku yang mengharapkan
setitis embun dari syurga
berilah daku hidayatmu agar disirami cahaya
berilah daku hidayatmu agar hilang dahaga dunia

Download Musafir

07 April 2010

Lepas Geram


Malaysia Maju - FTG
Malaysia
Makin makin makin maju
Tapi..bangsa kita
Makin makin makin layu

Gila nama
Gila gila gila kuasa
Dengki kianat
Fitnah sama sendiri

Jangan..ikut
Resam resam resam lama
Gadai tanah
Gadai gadai gadai harta

Satu hari kita akan rugi
Sampai masa hilang hilang negeri

Kita hidup
Hidup biar biar sederhana
Jangan tamak
Nanti kita
Kita kan sengsara

Apa..erti
Erti kemajuan
Mana dia..
Mana dia dia keadilan

Orang kaya..
Makin kaya
Orang miskin..
Naik naik intrakota

Jangan hidup
Buat buat buat dosa
Tipu sana..
Tipu tipu tipu sini

Sedar diri
Hari-hari yang berlalu
Bila mati
Masuk masuk neraka


Download Malaysia Maju

Siapa Si Bongkok???

Tanjung Puteri-As Sahar(Klik Tajuk Untuk Download)

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri



TANJUNG Puteri (Johor Bahru) sebelum merdeka.

Nama Si Bongkok mungkin tidak asing bagi rakyat negeri Johor sementelah ia disebut dalam lagu malar segar Tanjung Puteri. Lagu yang dinukilkan pada 1950-an itu boleh dikatakan begitu mesra di telinga dan terus bermain di bibir rakyat negeri itu. Cuma, siapakah Si Bongkok yang disebutkan dalam bait-bait lagu itu tidak ramai individu ingin membongkarnya.

Pastinya Si Bongkok seorang yang penting. Kalau tidak, masakan ia disebutkan dalam lagu patriotik dan dikatakan menjadi lagu jati diri negeri Johor itu. Tidak mungkin ia sekadar menceritakan tentang Tanjung Puteri yang merupakan nama lama Johor Bahru selain retorik dan kisah dongeng semata-mata.

Nama Si Bongkok mula dipopularkan oleh budayawan, Allahyarham Shaharom Husain menerusi pementasan drama berjudul Si Bongkok Tanjung Puteri di Dewan Jubli Intan Johor Bahru seawal tahun 1961.

Si Bongkok disifatkan telah bersemadi bersama sejarahnya yang terkambus. Dia dikatakan seorang pahlawan yang namanya terpadam dalam lembaran sejarah malah tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan dia tidak wujud.

Lanun baik


Menurut penduduk tempatan Si Bongkok merupakan lanun tetapi lanun yang baik. Dia menyerang kapal-kapal Barat demi menyekat kemaraan mereka di Johor. Dia amat benci penjajah.


TANJUNG Belungkur merupakan antara lokasi pusara Si Bongkok selain di Johor Bahru.

Tanjung Puteri yang terletak berdekatan Tambak Johor kini menjadi kawasan pelabuhan khas pihak kastam.

kisah Si Bongkok berlaku pada pertengahan abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1855 hingga 1870.Negeri Johor pada ketika itu diperintah oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Pada tahun 1855 pusat pentadbiran Johor telah dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri.

Ketika pemerintahan Temenggung Ibrahim di Tanjung Puteri, muncul seorang lelaki yang cacat fizikalnya tetapi mempunyai keberanian menentang campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan ekonomi Johor.

Dia memang dilahirkan bongkok, badannya bengkok ke kanan dan mukanya herot ke kanan. Walaupun dia cacat tapi dia mempunyai fizikal yang kuat.Badannya besar dan gagah,serta cekap bermain senjata seperti badik dan sangat mahir ilmu kelautan dan pelayaran.Ini mungkin kerana dia merupakan Orang Laut yang mahir dengan ilmu kelautan. Dia lahir dalam keluarga orang kebanyakan.

Berebut Tanjung

Pada masa itu, Singapura telah dikuasai Inggeris dan berniat untuk meluaskan jajahannya di Johor. Mereka juga berusaha mengaut hasil-mahsul Johor seperti lada hitam, gambir, rotan dan damar serta dibawa ke Singapura selaku pusat pengumpulan hasil sebelum dibawa ke Eropah.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan Si Bongkok. Lalu, dia berjuang memusnahkan kapal-kapal dagang Inggeris. Dia melanun sekitar Selat Tebrau dari Pengerang hingga ke Kukup, perairan Kuala Sungai Johor dan perairan Singapura.

Hal itu telah membawa kesusahan kepada Inggeris. Gabenor Negeri-Negeri Selat, W.J Butterworth amat marah dan mahu kegiatan lanun dihapuskan. Pelbagai cara telah digunakan untuk menumpaskan Si Bongkok, ketua kumpulan lanun.

Namun, ia tidak berjaya kerana dia dikatakan pahlawan yang handal, kebal dan tidak lut senjata tajam. Si Bongkok juga dikatakan mencintai gadis yang sama dengan adiknya, Panglima Putih.Gadis itu merupakan Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Hayatnya dikatakan berakhir apabila dia tertikam dirinya ketika bertarung dengan adiknya di Tanjung Puteri.

Si Bongkok dilihat dari dua persepsi. Masyarakat setempat menganggapnya sebagai wira yang pantang melihat negeri Johor dikuasai bangsa asing. Sementara, Inggeris dan pemerintah pada masa itu melihatnya sebagai penderhaka dan pengkhianat kerana melakukan pembunuhan dan perompakan sesuka hati sekali gus menjejaskan aktiviti perdagangan amnya di salah sebuah pusat perdagangan utama selepas kejatuhan Melaka.

Antara sebab juga sejarahnya tidak banyak diperkatakan mungkin kerana perjuangannya agak berbeza daripada sebahagian tokoh pejuang Johor yang cenderung menggunakan kepintaran berbanding pertumpahan darah.Johor merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang tidak dikuasai Inggeris secara langsung. Datuk Abdul Rahman Andak misalnya amat menentang Inggeris tetapi dia memilih cara diplomasi dan kebijaksanaan.

Pusara

Mengenai pusara Si Bongkok kini, terdapat beberapa pendapat iaitu di lereng bukit Tanjung Puteri seperti yang disebut pada bait lagu Tanjung Puteri, kawasan Mahmoodiah dan Tanjung Belungkur.

Diyakini Tanjung Belungkur ialah tempat yang tepat kerana Tanjung Belungkur dipercayai kampung halaman Si Bongkok. Ada juga kemungkinan, Panglima Putih mengarahkan agar pusara adiknya dipindahkan dari Tanjung Puteri ke Tanjung Belungkur.

Penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri dan pengkaji sejarah, Abdul Latip Talib turut berpendapat pusara Si Bongkok yang sebenar ialah di Tanjung Belungkur. “Berdasarkan kajian saya dan pandangan penduduk sekitar Johor, pusaranya di Tanjung Belungkur. Dulu, pusaranya agak terbiar dan hanya bernisankan kayu tapi saya ambil inisiatif letak nisan batu,” katanya.

Abdul Latip juga menyifatkan Si Bongkok merupakan seorang pahlawan yang patut dikenang dalam sejarah. “Dia lanun, tapi dia juga pahlawan kerana menentang penjajah. Dia hanya memusnahkan dan menyerang kapal dagang Inggeris. Namanya terpadam dalam sejarah kerana kebanyakan kisah sejarah ditulis oleh Inggeris.


PUSARA Si Bongkok di Tanjung Belungkur, Kota Tinggi, Johor.

“Mengapa setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka, kita masih mengikut telunjuk Inggeris menganggap dirinya sebagai penderhaka? Kenapa kita tidak boleh menganggap lanun yang menentang penjajah sebagai wira?

“Orang Inggeris sendiri menganggap lanun-lanun mereka sebagai pahlawan. Lanun Viking yang menguasai Ireland, Scotland, Perancis dan Rusia dianggap sebagai membantu memperkukuhkan kekuasaan Inggeris berbanding penjajah Barat yang lain,” katanya. Inggeris juga terkenal dengan lanun-lanun mereka seperti Edward Teach atau ‘Blackbeard’ dan Calico Jack Rackham.

Sumber http://kosmo.com

02 April 2010

Kumpulan Burnmark



Kumpulan Burnmarks merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif pada tahun 1980-an dan 1990-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan Burnmarks adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1983 sewaktu mereka menyertai Juara Rock 1983.

Anggota Burnmark adalah:

1. Jef (vokal)
2. Joe (gitar)
3. Amy (dram)
4. Aub (bass)

Album

1. BURNMARKS (1988)
2. NAJA - Opera Sang Bara (1989)
3. Burnmarks - Asmara (1990).


Secebis Rayuan
Pada mula
Ku bersua denganmu
Kurenung wajahmu
Sungguh ayu jelita

Berikan hatimu sayang
Kan kuselaminya
Agar dapat ku mengerti
Perasaanmu

Bukalah pintu hatimu
Terimalah cintaku untukmu
Kan kubuktikan keikhlasanku
Dalam sedu... rayuanku

Marilah gadis pujaanku
Berikan cintamu untukku
Terimalah secebis rayuan
Agar ku damai selalu

Datanglah sayang marilah oh intan
Berikan seteguk kasih dan sayangmu
Serahkan pada seluruh jiwamu
Terimalah secebis rayuan dariku


Download Secebis Rayuan

01 April 2010

Allahyarham Zulkifli Adnan Razali a.k.a J.S Kevin


Nama sebenar Allahyarham, Zulkifli Adnan Mohd Razali dilahirkan pada tahun 1960 di Perak. Allahyarham merupakan penerbit album dan komposer menggunakan nama pena j.s kevin, z.n kevin, joe kevin, mr kevin dan beberapa lagi nama pena pernah digunakan oleh Allahyarham. Tapi nama yang paling kerap digunakan oleh llahyarham ialah J.S Kevin dan beliau memang lebih dikenali dengan nama tersebut. Dalam Album pertama XPDC, 'Darjah Satu' beliau menggunakan kedua2 dua nama J.S Kevin sbg pencipta lagu dan Z.N Kevin sebagai penulis lirik. menurut beliau Z.N Kevin adalah atas nama isterinya supaya isterinya turut mendapat royalti atas lagu yang diciptanya.
Allahyarham merupakan anak bongsu dari lima adik beradik, isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair.
Sepanjang hayat beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik yang telah berjaya mengangkat nama banyak kumpulan rockapak dan artis solo tanah air antaranya XPDC, Wings, Fahrenheit, Hattan, BPR, MAY dan Hattan. Antara lagu lagu yang mendapat sentuhan Allahyarham ialah, 'C.I.N.T.A', 'C.T Cinta Kenangan Silam', 'Titian Perjalanan', 'Hentian Ini' dan 'teman' (XPDC), 'Biarkan berlalu', 'Misteri Mimpi Syakilla' dan 'Inspirasi Shakilla' (Wings), 'Kelmarin yang Pijar', 'Sabar Menanti', 'Kasih Orang Muda', 'Ana' (Farenheit), 'Biar Putih Tulang' (Dinamik), 'Dari Sinar Mata', 'Air Mata Jernih', 'Sudah Sampai Sini' (BPR) dan banyak lagi kalau nak sebut satu satu besok pun tak habis. Aku rasa XPDC paling banyak menerima sentuhan Allahyarham dan lagu lagu Allahyarham lah yang telah mengangkat nama XPDC. 80 peratus lagu dalam Album Pertama XPDC, 'Darjah Satu' adalah ciptaan beliau.
Lagu lagu yang dihasilkan Allahyarham memang mempunyai nilai seni yang tinggi dan dari lirik yag dihasilkan mengandungi unsur keikhlasan dan makna tersendiri. Walaupun Karya Allahyarham banyak menghasilkan karya masterpiece setaraf dengan M.Nasir dan Ramli Sarip, Allahyarham tetap maintain low profile, jauh dari publisiti dan jika sesiapa bertembung dengan dia tepi jalan takkan kenal dia tu J.S Kevin.

Hayatilah lagu ini,dan akhir sekali Al-Fatihah ke atas roh Allahyarham...

Kelmarin yang pijar-Fahrenheit
Kelmarin aku di sini
Nyanyikan lagu ilusi
Mengharap tapak nan indah dengan mu
Yang ku rasakan
Penat berjalan

Semalam aku di sana
Di alir dunia nyata
Betapa kerugian yang sudah
Jadi mainan
Jiwa tertekan

Izinkan aku pinta
Hidup di belaian cinta
Pada malam sepi aku bermimpi

Panas pun ku rasakan dingin
Menyelami laut kering
Tabir senja menyinsing di sempadan

Minta pada tuhan
Agar aku diberi kesejahteraan ini
Sinar hidayah agar aku tenang di sana nanti
Hapuskan setiap dosa ku yang ada
Akan ku janjikan mawar dan seroja di pusara ku

Bukanlah mimpi walau pun adalah mimpi yang indah
Bukanlah menyepi sepi yang hanya seketika
Ooo….


Download Kelmarin Yang Pijar

Ishhh mengalahkan Binatang


Bukan setakat membuang sampah saja merata-rata,bayi pun dibuang.Manusia ke apa ni?Tu ler jadinye kalu nafsu menkontrol kepala hotak...Buat pandai tanggung pun pandai le dosa tu...

Dalam Semak-AMUK

Dalam semak dalam longkang
Yang dibungkus yang telanjang
Ada yang masih hidup
Ada juga yang tidak lagi
Hai bernyawa

Tepi surau tepi sekolah
Tak dihirau tak diendah
Ada bayi masih merah
Ditinggalkan manusia
Tak bermaruah

Di mana jiwamu di mana
Rasa belas ikhsan rasa kecintaan
Demi menutup malu dan terhina
Si kecil rela kau persiakan

Kaulah syaitan bertopengkan insan
Tahu makan tak tahu simpan
Sedangkan yang bernama haiwan
Tidak membuang anak yang dilahirkan

Demi nama kedudukan
Takut malu tidak takut dosa
Gembiralah masa mudamu
Sambil menabung dosa sampai tua
Hey....

Tangisan si kecil itu
Menagih simpati ibu dan ayah
Dan emgkau pun berlalu
Seolah-olah tiada bersalah ( 2X )


Download Dalam Semak-AMUK