Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
01 April 2010
Allahyarham Zulkifli Adnan Razali a.k.a J.S Kevin
Nama sebenar Allahyarham, Zulkifli Adnan Mohd Razali dilahirkan pada tahun 1960 di Perak. Allahyarham merupakan penerbit album dan komposer menggunakan nama pena j.s kevin, z.n kevin, joe kevin, mr kevin dan beberapa lagi nama pena pernah digunakan oleh Allahyarham. Tapi nama yang paling kerap digunakan oleh llahyarham ialah J.S Kevin dan beliau memang lebih dikenali dengan nama tersebut. Dalam Album pertama XPDC, 'Darjah Satu' beliau menggunakan kedua2 dua nama J.S Kevin sbg pencipta lagu dan Z.N Kevin sebagai penulis lirik. menurut beliau Z.N Kevin adalah atas nama isterinya supaya isterinya turut mendapat royalti atas lagu yang diciptanya.
Allahyarham merupakan anak bongsu dari lima adik beradik, isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair.
Sepanjang hayat beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik yang telah berjaya mengangkat nama banyak kumpulan rockapak dan artis solo tanah air antaranya XPDC, Wings, Fahrenheit, Hattan, BPR, MAY dan Hattan. Antara lagu lagu yang mendapat sentuhan Allahyarham ialah, 'C.I.N.T.A', 'C.T Cinta Kenangan Silam', 'Titian Perjalanan', 'Hentian Ini' dan 'teman' (XPDC), 'Biarkan berlalu', 'Misteri Mimpi Syakilla' dan 'Inspirasi Shakilla' (Wings), 'Kelmarin yang Pijar', 'Sabar Menanti', 'Kasih Orang Muda', 'Ana' (Farenheit), 'Biar Putih Tulang' (Dinamik), 'Dari Sinar Mata', 'Air Mata Jernih', 'Sudah Sampai Sini' (BPR) dan banyak lagi kalau nak sebut satu satu besok pun tak habis. Aku rasa XPDC paling banyak menerima sentuhan Allahyarham dan lagu lagu Allahyarham lah yang telah mengangkat nama XPDC. 80 peratus lagu dalam Album Pertama XPDC, 'Darjah Satu' adalah ciptaan beliau.
Lagu lagu yang dihasilkan Allahyarham memang mempunyai nilai seni yang tinggi dan dari lirik yag dihasilkan mengandungi unsur keikhlasan dan makna tersendiri. Walaupun Karya Allahyarham banyak menghasilkan karya masterpiece setaraf dengan M.Nasir dan Ramli Sarip, Allahyarham tetap maintain low profile, jauh dari publisiti dan jika sesiapa bertembung dengan dia tepi jalan takkan kenal dia tu J.S Kevin.
Hayatilah lagu ini,dan akhir sekali Al-Fatihah ke atas roh Allahyarham...
Kelmarin yang pijar-Fahrenheit
Kelmarin aku di sini
Nyanyikan lagu ilusi
Mengharap tapak nan indah dengan mu
Yang ku rasakan
Penat berjalan
Semalam aku di sana
Di alir dunia nyata
Betapa kerugian yang sudah
Jadi mainan
Jiwa tertekan
Izinkan aku pinta
Hidup di belaian cinta
Pada malam sepi aku bermimpi
Panas pun ku rasakan dingin
Menyelami laut kering
Tabir senja menyinsing di sempadan
Minta pada tuhan
Agar aku diberi kesejahteraan ini
Sinar hidayah agar aku tenang di sana nanti
Hapuskan setiap dosa ku yang ada
Akan ku janjikan mawar dan seroja di pusara ku
Bukanlah mimpi walau pun adalah mimpi yang indah
Bukanlah menyepi sepi yang hanya seketika
Ooo….
Download Kelmarin Yang Pijar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment