19 December 2025

Debu Debu Liar - Roses

Debu Debu Liar Berterbangan Bebas
Hingga Meracun Rentak Fikiran
Tak Kira Siapa Tak Kira Saudara
Bermaharajalela Di mana
 
Awas Langkahmu Takut Kalau Kau Tersungkur
Awas Langkahmu Takut Kalau Kau Tersungkur
 
Warna Warna Dosa Di mana Sahaja
Sudut Bicara Dilihat Mata
 Singkirkan Nafsu Syaitan Dihatimu
Serikan Warna Yang Kian Kelabu
 
Bertenang Dirimu Dengan Keimananmu
Bertenang Dirimu Dengan Keimananmu
 
Singkirkan Tari Rentak Sumbang Hidupmu
Yang Penuh Dengan Dosa Dosa Dan Noda
Jangan Kau Berlindung Di balik Bayangan
Yang Penuh Kepalsuan Dan Kepuraan
 
Janganlah Hidup Diperhambakan Syaitan
Hancur Musnahlah Lebur Berkecai Hidupmu
Bertakwalah Engkau Pada Yang Satu
Semoga Selamat Di Dunia Dan Akhirat
 
Singkirkan Tari Rentak Sumbang Hidupmu
Yang Penuh Dengan Dosa Dosa Dan Noda

No comments: