Tak Seindah Wajah - S M Salim
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu
di pinggir bibir
Kusangka
jujur pancaran batin
Rupanya
palsu penghias zahir
Kukira hati
jiwa nurani
Suci seindah
wajah terbayang
Kukira puji
seikhlas budi
Kulupa lidah
tidak bertulang
Di manis
gula semut binasa
Kail berduri
bersalut umpan
Di manis
kata insan terlena
Kerana budi
hamba terkorban
Inikah dia
lakunan hidup
Di pentas
dunia insan berpura
Tipu dan
daya pencapai maksud
Budi dan
harta merangkum noda
Download Mp3
No comments:
Post a Comment