25 December 2018

Kanda Tak Buat Apa - Khalifah



Kanda Tak Buat Apa - Khalifah
Mengapa adinda apakah sebabnya
Buat dinda muram durja kanda sayang dinda
Buah hati kanda cintaku hanyalah adinda
Cubalah cerita apakah puncanya apalah angkara
Jangan jangan jangan dinda simpan rahsia

Apa salah kanda apa silap kanda
Hingga dinda berpaling muka..
Jangan pukul kanda jangan cubit kanda aduh sakitnya..
Apa mahu dinda dinda mahu apa kanda bertanya..
Jangan jangan jangan dinda bermasam muka

Duhai dinda janganlah engkau meradang
Duhai dinda kanda bukannya temberang..
Jangan dinda rasa curiga jangan dinda tidak percaya
Sumpah dinda kanda tak buat apa..
Dengar sayang penjelasan dari kanda
Sebenarnya itulah anak saudara..
Memang dia ramah dan mesra pada kanda ayah saudara
Antara dia dengan kanda bukannya apa

Duhai dinda janganlah engkau meradang
Duhai dinda kanda bukannya temberang..
Jangan dinda rasa curiga jangan dinda tidak percaya
Sumpah dinda kanda tak buat apa..
"Maaf sayang dinda cemburu buta"
"Maaf sayang dinda janji takkan ulang.."

Janganlah dinda cemburu buta pada dia anak saudara
Antara dia dengan kanda bukannya apa..

No comments: