2 x 5 - Ahli Fiqir
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
Kali Bagi
Tolak Campur
Habislah
geli kerana geletek
Hilanglah
resah kerana biasa
Kerana telah
terbiasa
Geli dan
resah tidak lagi terasa
Semut di
seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah
di depan mata
Kau buta
Lebih sudu
dari lauk
Lebih tunjuk
dari tengok
Lebih diri
dari duduk
Lebih cawan
dari mangkuk
Berkata-kata
denganlah lutut
Banyak yang
bertukang di mata dan mulut
Sedikit
sahaja yang menukang di tangan
Bangkai
gajah busuk di hutan hendak ditanam
Pekong di
kaki sendiri dibiarkan
Busuk oh..
Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..
Dua kali
lima sepuluh
Lima kali
dua sepuluh
Lapan campur
dua sepuluh
Dua campur
lapan sepuluh
Sama pandai
sama bodoh
Sama lawa
sama hodoh
Sama cerdik
sama belok
Sama tepok
sama bongkok
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
Duduk diam
tunggu dulu
Kunci mulut
nanti dulu
Sebelum kau
berbicara
Sebelum kau
nak berkata
Cermin dulu
hujung rambut
Hingga ke
hujung hujung kuku kakimu
Kurangkan
lada kurang pedasnya
Kurangkan
rempah kurang panasnya
Kurangkan
lebah kurang sengatnya
Kurangkan
cakap kurang silapnya
Dan membisu
takut takut mana tahu silap hari
Silap bulan
lambat laun silap tahun kau menjadi
Dua kali
lima sepuluh
Lima kali
dua sepuluh
Lapan campur
dua sepuluh
Dua campur
lapan sepuluh
Sama pandai
sama bodoh
Sama lawa
sama hodoh
Sama cerdik
sama belok
Sama tepok
sama bongkok
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
Jangan cakap
lepas biar pandai beralas
Ada ubi ada
batas ada hari kami balas
Kiramu hanya
bias
Cercamu cuma
tempias
Hari ini
kami berkias
Esok lusa
kami mengganas
Jangan suka
jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri
yang terlondeh
Kata dulang
paku serpih
Kata orang
dia yang lebih
Ada orang
suka menerima
Tapi tidak
suka menderma
Ada orang
suka menderma
Tapi diharap
dibalikkan semula
Dua kali
lima sepuluh
Lima kali
dua sepuluh
Lapan campur
dua sepuluh
Dua campur
lapan sepuluh
Sama pandai
sama bodoh
Sama lawa
sama hodoh
Sama cerdik
sama belok
Sama tepok
sama bongkok
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
No comments:
Post a Comment