30 November 2016

Cinta Kita Hanya Tinggal Irama

 

 

 

 

 

 

Cinta Kita Hanya Tinggal Irama

Setelah bertahun kau menyepi
Membawa kemarahan di hati
Aku bagai hilang kayu kemudi

Betapa waktu itu
Tercabarnya maruahku
Pahitnya pengalaman itu

Setelah luka ini terubat
mengapa kini engkau bertandang
Menyentuh kembali irama nan silam
Biarlah aku maklumkan hakikat yang sebenar
Tak mungkin kan bewarna lagi

Cinta kita bagaikan satu ukiran
Yang kau hiaskan di persisiran pantai

Semuanya tetap abadi seperti mula dulu
Itu bukan bererti untuk kau bertahta lagi
Cukuplah hati menangis
menahan pedih yang teramat

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

Semuanya tetap abadi seperti mula dulu
Itu bukan bererti untuk kau bertahta lagi
Cukuplah hati menangis
menahan pedih yang teramat

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

No comments: