Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk
disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab
dan dunia Islam secara keseluruhan- nya.
Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi
Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut
dikenali sebagai ‘nakba’.
Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa
nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih
daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada
sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar ne- gara, manakala 30,000 yang lain
telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Palestin Jangan Kau Menangis - Hattan
Tak siapa yang bisa memahamimu
Melainkan dia yang mengenalimu
Biar teman semesra isi dan kuku
Apatah lagi mereka yang mata hatinya buta
Dihijab dunia
Korus:
Perang yang ini tak mungkin kan terhenti
Selagi Masjid al Aqsa berdiri
Perang yang ini tak mungkin kan terhenti
Jangan kau coba bermimpi
Kini sabda baginda
Yang pasti terjadi
Oh Palestin jangan
Kau menangis
Menangis......
Tak sangka dalam hidup mencipta kekalutan
Sehingga tiada ruangan kedamaian
Tiada balasan kau berikan mereka
Tetapkan bermusuhan
Kini sabda baginda
Yang pasti terjadi
Jangan kau menangis
Ohh….ohh…ohh…
Ulang korus
Lagu: Tam
Lirik: Loloq
*Play atau download sila sign up/log in 4shared terlebih dulu...
Download
Mp3
No comments:
Post a Comment