28 February 2012

Kembali - Utama




Kembali - Utama 
Kalimah penyaksian 
Sama kita lafazkan 
Tiada yang selainNya 
Bersaksiku padaNya 

Sinaran keberkatan 
Nur yang menyuluh jalan 
Di alam kegelapan 
Tuju yang berkekalan 

Tapi mengapa kelalaian 
Kita dibuai angan-angan 
Rahmat dijanji tak dicari 
Malah dilupai 

Kita bersengketa kerana harta dan kuasa 
Dengki fitnah permainan lidah 
Kita terpedaya dengan dugaan di dunia 
Akhirnya kesesatan 

Kembali kepada yang Esa 
Untuk mensyukuri segalanya 
Yang datang sukar dan derita 
Mesti diterima dengan kerelaan 

PadaNya usah dilupai 
Walaupun sesaat detik ini 
Dialah kekasih yang awal 
Dan yang terakhir 

Download
Mp3

No comments: