Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
23 October 2010
Man Who Sold The World
Man Who Sold The World - Nirvana
We passed upon the stairs,
We spoke of was and when
Although I wasn’t there
He said I was his friend
Which came as a surprise
I spoke into his eyes -- I thought you died alone
A long long time ago
Oh no, not me,
We never lost control,
You’re face to face,
With the man who sold the world
I laughed and shook his hand,
I made my way back home,
I searched for form and land,
Years and years I roamed,
I gazed a gazely stare,
We walked a million hills -- I must have died alone,
A long long time ago.
Who knows, not me,
I never lost control,
You’re face, to face,
With the man who sold the world.
Download
Mp3
Ringtone
Mungkin anda mengetahui mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan alternatif terkenal Nirvana. Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.
Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh diri’ (suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang penyiasat persendirian.
Salah seorang penyelidik sosial Stewart juga seorang ahli muzik, percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah PALSU. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang, berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut aggota-anggota Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.
Khabar angin lain pula mengatakan cerita bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris. Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London, dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu, salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket Kwik Save, bandar Canning.
Cerita yang paling boleh dipercayai ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA. Salah seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan perkara-perkara yang sebenar. Stewart bersetuju berjumpa dengan individu tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda. Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.
Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum. Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui bersama.
Informer itu juga memberitahu Stewart bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telag berkubur.
Kebenaran ini dapat dilihat kepada beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly dan The Beatles.
Persoalan yang boleh ditimbul sekarang, adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu. Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004. Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh (murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.
Siasatan Wallace dan Halperin mendapati pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut adalah teman wanita Kurt.
Hal ini dibuktikan melalui laporan mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat pemulihan dadahnya di Los Angelas, dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan yang masih belum digunakan sehingga sekarang.
Wallace dan Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.
Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment