Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.
Kumpulan Babylon ditubuhkan pada 1982 berasal dari Kluang, Johor. Dianggotai oleh: Penyanyi - Hussein (Mohd Hussein Abdul Ghafor; lahir 1965 di Kluang, Johor) Gitar - Hassan (Mohd Hassan Abdul Ghafor; lahir 1965 di Kluang, Johor) Bass - Kamal (Kamarulzaman Kamarudin; lahir 1964 di Kluang, Johor) Dram - Nahar(Raja Nahar; menyertai kumpulan Sofea, Burnmarks & Lipan Bara) Black(Azmi Hashim; lahir 23 Mac 1966 di Beruas, Perak; menyertai kumpulan Wings & Strangers)
Sempat melahirkan 2 buah album iaitu Babylon(1990) dan 2020(1992).Pernah Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Api Cinta & Jambatan.
DIKIR ABANG MAT GLAMOUR SAMPAI PERINGKAT ANTARABANGSA Dikir barat bukan lagi muzik kebudayaan yang dipersembahkan dalam pesta-pesta kebudayaan atau sebagai penyeri majlis.Sebaliknya seni muzik tersebut berjaya memasukki carta muzik-muzik dan di persembahkan di peringkat antarabangsa. Kenyataan ini dibuktikan oleh pengamalnya Abang Mat Glamour atau Ahmad Awang Ahmad yang terkenal dengan lagu yang mendayu-dayu hingga boleh membangkitkan nostalgia melayu kelantan. Kebanyakkan lagu Mat Glamour terhasil daripada latar belakang kehidupan masyarakat melayu Kelantan misalnya lagu budu yang dinyanyikannya bersama Jali Bunga Tanjung sememangnya menarik dan menyelerakan. Itulah keistimewaan pendikir Mat Glamour yang menceburkan diri dalam bidang seni suara dikir barat secara serius sejak tahun 1992.
Buktinya dia telah berjaya mengeluarkan album pertama yang mendapat sambutan. Begitu juga album keduanya yang bertajuk Ke sayup Bintang Kejora Telah melonjakkan namanya di persada seni dikir. Ini kerana albumnya itu lebih berkonsepkan dikir blues dengan lagunya Lama Tak Jumpa berjaya menembusi carta Muzik-muzik meskipun hanya bertahan 2 minggu , namun Mat Glamour berjaya membuktikan bahawa lagu dikir barat juga ada tempatnya seperti lagu-lagu komersial yang lain. Pada bulan april 2006 ,Mat Glamour berduet dengan penyanyi terkenal di kalangan penyanyi dikir barat yang lain dalam satu konsert secara lansung. Mat Glamour unik kerana memiliki suara merdu, bertenaga dan mengasyikkan. Kemerduan suaranya itulah aset yang dimilikki hingga mencuri hati peminat setiap kali lagu diperdengarkan. Antara lagu yang mendapat sambutan menggalakkan ialah lagu terbarunya Dare Ko Buje dan Tangkap Lentok.
Selain itu terdapat beberapa buah lagunya yang menjadi halwa telinga peminat dikir barat seperti Sakat Buleh Janda, Kaya Raya, Baju Bundle, Jale-jale Cari Make, Belut dan sebuah lagu Arab iaitu Sallabalatul Laila. Walaupun kebanyakkan lagunya lebih kepada hiburan tetapi terdapat beberapa buah lagu Mat Glamour diselitkan unsur-unsur nasihat kepada kepada golongan remaja seperti Jaga Namamu yang menyeru agar remaja sentiasa memelihara maruah diri dan nama keluarga.
Salam, Hari ini AKU kongsikan satu lagi kumpulan rock era 90 an iaitu kumpulan Axthara.Kumpulan ini berasal daripada negeri Johor. Penyanyi kumpulan ini ialah Ujang, mereka hanya melahirkan sebuah album sahaja iaitu berjudul "Cerucuk". Tetapi pada tahun 1993, mereka menukar nama Axthara kepada Samudera. Vokalis kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray, yang popular dengan lagu "sungguh tak kusangka".
Pada masa sekarang Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur,Segamat.Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Info Album Cerucuk:
Senja Satu Persinggahan Gerhana Kehidupan Cerucuk Rapuh Menggugur Impian Keranamu Kekasih Wirakah Orang Kita
Dialunan Rindu Kesesatan Pejuangan Seni Mimpi dilaman Mentari
Kumpulan AXL'S Mereka popular dengan lagu Andai Ku Dapat Undur Masa di tahun 90an, AKU tiada Maklumat lebih lanjut mengenai kumpulan ini cuma penyanyinya bernama Elly yang masih aktif memenuhi undangan menyanyi. Lagu Kebenaran ini AKU hidangkan memandangkan elemen rock santainya....
Kumpulan Arena ditubuhkan pada tahun 1990. Kumpulan Arena adalah anak buah kepada Kumpulan Lefthanded. Saudara arwah Samad selaku penerbit album kumpulan ini.
Arena - Selamat Tinggal Cinta '91 - (1991)
Selamat Tinggal Cinta Memburu Bayangan Mu Edaran Masa Warna Kehidupan Suatu Perhitungan
Suara Kehidupan Mu Bangkitlah Generasi Selagi Fajar menjelma Waktu Yang Terluka
P & C 1991 Varia Muzik sdn Bhd 1991
penerbit: samad & dino varia tukang taip list: mastercomp studio: Boss studio singapore manager: en salim abd rahman
lineup: boy - gitar lead 2 megat - gitar lead 1 Rizam - Vokal Mie - Drum Zam - Bass
lagu2 dan lirik oleh:
dino varia, siti wan kembang, samad, rosli ali, arab , mahzan B,bohari rahmat, Baba, dan mat indera
Antara lagu hits dari mereka iaitu Selamat Tinggal Cinta dan Selagi Fajar Menjelma. Lagu Selagi fajar Menjelma pernah memasuki pencalonan AJL, tapi tidak dapat masuk ke peringkat seterusnya. pada petengahan tahun 1991,kumpulan ni berpecah, dan boy selaku pemain gitar telah menukar haluan utk bermain bersama Kumpulan Melissa.
Memburu Bayanganmu Kekasih tiada lagi di sisi Di dalam sendu tangisanku Tinggallah keindahan cinta kita musnahlah ikatan rasa mesra kita
*Kelukaan menjelma pula Kita menyahut panggilan duka Ulang 2kali
Aku sendirian menghimpun detik Yang telah kita lalui waktu bersama Ketawamu masih bergema lagi Bagaikan terdengar di telingaku
*Tangismu masih berlagu Menambahkan pilu di kalbuku Ulang 2kali
Kumemburu bayanganmu wahai kekasih Yang telah hilang di rimba cinta kita berdua Tak daya aku mencari lagi Terasa gemilau senja di mana mana
Pabila malam kelam pula datang Membuat semangatku terhenti untuk mencarimu Kekasih kau tiada lagi di sisi Tinggallah aku kini menyendiri
2010:Lagu ini diterbitkan pada tahun 1992.Pernah menjuarai carta juara lagu di Pujaan 10 nescafe,Carta Dataran Merdeka,Di carta radio 3 KL dan radio di seluruh M'sia.Lagu ini di sampaikan oleh kumpulan AMIJA dianggotai oleh 5 anak muda yang terdiri daripada penyanyi-Aarom,Guitarist-Un war ,2nd guitar-Azman Terlena,Bass guitar-Hamid Khan dan Drummer-Hilmi.
Krisis Di Pertengahan Hidup - Wings Kau entah kemana.. Malam kian berakhir.. Aku membatu d hujung katil…. Sedang anak kaku terbujur dingin Bermimpi d ulit ibu….
Aku jadi gila… Bila engkau tiada.. Kata bernikah kalau tak cinta… Lapan tahun bagai semalam bersanding.. Tersasar haluan kita….
Ini kah dia krisis d pertengahan hidup.. Menuntut pengertian merdeka.. Percintaan dulu bagai satu kepuraan.. Ke hulur ke hilir entah kemana….
Aku andai kan… Kiranya kau kembali pagi ni.. Akan ku singkap setiap helai.. Perjanjian yang termenterai…(ulang)