08 June 2010

Lagu protes WINGS

RTM telah mengenakan peraturan yang cukup zalim melebihi kezaliman undang2 ISA terhadap anak muda pada ketika itu. Dengan kuasa yang ada, telah diarah kepada semua stesyen TV dan Radio (Time tu hanya RTM & TV3 je) agar tidak membenarkan kumpulan muzik yang berambut panjang memasuki TV dan radio. Semua kumpulan muzik yg berambut panjang mestilah memotong rambut jika mahu masuk TV. Ini telah menyebabkan semua kumpulan muzik yang tergila-gila nak masuk TV telah memotong rambut mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah kumpulan gergasi pada ketuka itu iaitu Search dan Wings.

Pihak media cetak pula telah memainkan peranan membodeknya pada ketika itu dengan menyiarkan berbagai fitnah kepada pemuzik berambut panjang. Laporan atau cerita mereka tidak lagi di letakkan di dalam ruangan hiburan tetapi telah di letakkan di halaman utama akhbar. Dadah, Seks, Arak dan segala yang tidak baik telah di hempapkan terhadap pemuzik berambut panjang. Di luar dunia pemuzik pula polis memulakan operasi menahan pemuda yang berambut panjang tanpa alasan.


Namun begitu kumpulan Search & Wings mencipta sejarah yang mungkin tidak pernah terjadi dalam dunia muzik rock umumnya apabila bersetuju muncul dalam satu upacara simbolik pemotongan rambut masing-masing pada 1 November 1992 di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur dan disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara langsung melalui saluran RTM1. Upacara tersebut mengakhiri tempoh sekatan yang dikenakan oleh Kementerian Penerangan Malaysia terhadap Search & Wings di mana lagu-lagu mereka tidak boleh disiarkan melalui radio & televisyen Malaysia, malah permit pertunjukan pentas juga tidak dikeluarkan kepada kumpulan rock yang berambut panjang melebihi paras bahu.

Ini adalah satu kejayaan yang paling besar dalam perjuangan pemuzik yang berambut panjang pada ketika itu. Walaupun Search dan Wings di lihat telah mengalah kepada RTM tetapi atas sendiri dengan penuh hina dina telah memotong sendiri rambut Amy dan Awie. Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelanjaan ratusan ribu ringgit kerana kos siaran langsung upacara memotong rambut Amy dan Awie pada ketika itu.

Wings telah meluahkan segala rasa hati mereka di dalam album mereka “Bazooka Penaka”. Sasterawan Negara A Samad Said juga telah menyatakan sokongan beliau kepada anak muda pada ketika iti. Antara lagu yang menyatakan protes mereka terhadap menteri penerangan di dalam album tersebut bertajuk:
1.Bazooka Penaka
2.Bernafas Dalam Lumpur
3.Kuburkan Aku
4.Rock 'N' Roll Band
5.Amok
6.Satelit Puaka
7.Tangisan Marhain
8.Puisi Merdeka

Kredit to http://greensocialis.blogspot.com/

Bazooka Penaka

Bazooka kami
Peluru kami
Berjuang kita tentang kepuraan
Belati kita
Semangat kita
Berjuang kita tentang hipokrasi

Lu persis musang berbulu ayam
Bertuhan syaitan serakah penaka
Lu lah dedalu di batang nafsu
Bertopeng handsome tanpa harga diri ( rasa malu )

Janganlah lu overacting
Lu terover berlagak ( kuasa )

Lu sudah terlupa
Taraf lu cuma
Pencuci pentas
Kuli upahan

Jangan lu lupa
Bazooka kami
Belati kita

Kita menentang
Jangan lu lupa
Bazooka kami
Belati kita
Kita menentang
Jangan lu lupa Bazooka kami Belati kita
Kami menentang
Jangan lu lupa bazooka kami
Belati kita

Ooo bazooka kami
Belati kita
Kita menentang bazooka kami
Belati kita
Kita menentang
Bazooka Penaka


2010-Macam mana liriknya?,pedas dan penuh dengan perasaan marah bukan?. Bazooka membawa maksud senjata dan yang istimewanya PENAKA adalah rekaan daripada penulis lirik sendiri iaitu dicantum daripada 2 perkataan PENA dan KATA akhirnya terciptalah BAZOOKA PENAKA, itulah hasil nukilan Arwah LOLOQ yang menggambarkan perasaannya terhadap perbuatan yang keterlaluan pihak2 tertentu.

Download
Bazooka Penaka mp3
Bazooka Penaka ringtone

No comments: