15 March 2010

Kumpulan Ariwatan 1989


Nyanyian Rebah - Ariwatan

ke manakah haluannya
bila cinta tenggelam
terbiar di dalam bencana dosa

ke manakah aku terlontar
bila jiwa dikunci derita
di dalam impian cinta

ku mencari warna indah
di dalam kesucian cinta
ku tersepuh cemar dosa
dalam keasyikkan cintaku padamu

sinarilah oh aku teman
yang melangkah
dalam kegelapan
biar terhapus dosa

Kerana leka dibelaian cinta
lena dipelukkan rasa
aku biar ternoda di dalam cinta
yang berwarna suram

woo dengarlah nyanyian rebah orang berdosa ....



NAMA ASAL: SYJ
DITUBUHKAN 1988: Ipoh, Perak
PENYANYI: Aris
GITAR: Wan & Nan
BASS: Ari
DRAM: Amri
KEYBOARD: Nan

Setelah kumpulan SYJ era Battle Of The Bands '86 menukar nama mereka kepada Sofea pada 1987, Syed Yusuf Jamalulail telah mengasaskan pula kumpulan SYJ yang baru pada 1988. Kumpulan ini cuma sempat menggunakan nama SYJ ketika membuat persembahan pentas. Mereka menukar nama kepada Ariwatan apabila mendapat tawaran merakamkan album pertama pada 1989. Pada 1990, Syed Yusuf Jamalulail sekali lagi mengasaskan kumpulan baru yang juga menggunakan nama SYJ. Dalam sejarah muzik rock tempatan, apabila disebut nama kumpulan SYJ, ia biasanya merujuk kepada kumpulan SYJ yang pertama, iaitu kumpulan yang lebih dikenali sebagai Sofea.

ALBUM Ariwatan (1989)
1.Rockmania
2.Itu itulah
3.Nyanyian rebah
4.Senjakala
5.Lamunan
6.Minah
7.Pertama dan selamanya
8.Tanda panah ke Utopia
9.Demi untukmu
10.Bayangan silam

No comments: