26 May 2022

Suara Kerikil - Saga

Berakhirnya Episod Semalam
Perit Membakar Diri
Kegagalan Mendewasakan
Penghuni Sepi
 
Ku Kutip Kerikil Di Pantai
Laksana Diri Ini
Kerdil Di Tengah Keriuhan
Deruan Ombak..
 
Jalanan
Biar Betapa Hebat Dugaan
Himpunan
Doa Menjadi Bekalan Diri
 
Tiada
Teman Di Kala Meniti Sepi
Ternyata
Tiada Nilai Sekalung Budi
 
Namun Tidak Pernah Kukesalkan
Suratan Menentukan
Meski Badai Terus Melanda
Tetapku Bertahan..
Download Mp3

11 May 2022

Haruskah - Rio

Haruskah
Ku terus meniti hamparan cinta
Walaupun pengertiannya tiada sempurna
 
Mestikah
Sinar mentari sampai ke senja
Walaupun mendung kelabu menutupi suria
 
Gururnya bunga cinta
Hancurlah semuanya
Titisan airmata
Membalut jiwa yang luka
 
Biarkan berlalu
kenangan cintaku
Kan ku abadikan di dalam hatiku
 
Mestikan
Berakhir penantian ini
Kan ku semadikan di pusara rindu
 
Biarkan kugenggam perasaan
Dengan semangat cinta sekarang
Dan terus berkubur di alam khayalan
 
Secebis senyuman dari hati
Dengan kenangan cinta abadi
Di genggaman ini menjadi memori

Download Mp3

29 April 2022

Umpama Tembaga - Taufan

Sudah menjadi lumrah dunia
Diri yang miskin selalu dihina
Tak mungkin lagi kita bersama
Putus lah sudah ikatan mesra

Janganlah bersedih kerana

Di paksa menjauhi diriku
Apalah dayaku dihina selalu
Kita berbeza

Kau ibarat permata
Aku hanya umpama tembaga
Pangkat dan harta
Jadi ukuran

Untuk menjamin kebahagiaan
Lupakan saja niat di dada
Untuk membina mahligai cinta

Download Mp3

18 March 2022

Cempedak Jadi Nangka - XPDC

Pasti tiada yang percaya manalah boleh
Sang cempedak nak jadi… nak jadi nangka
Dunia maju canggih ada belum lagi tercipta
Sejenis ubat.. ubat sakit jiwa
 
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya bahasa
Itukan temurun budaya kita
 
Begitulah nasib sang lembu
Susu yang diperah
Sapi punya nama… sapi dapat nama
 
Bukankah itu peribahasa
Jadikan renungan untuk semua
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
 
(Chorus)
 
Lupakah padaku hai teman dulu kita kawan
Tapi mengapa kini kita mahu lawan
Buta mata pekak telinga
Walau banyak umpat walau banyak cela
 
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya bahasa
Itukan temurun budaya kita
 
Dunia maju canggih ada belum lagi tercipta
Sejenis ubat.. ubat sakit jiwa
Mungkin esok mungkin lusa manalah tahu
Bulan jatuh ke riba… jatuh ke riba
 
Tenteram hidup lagi aman
Tiada banyak umpat tiada banyak dosa
 
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya bahasa
Itukan temurun budaya kita
 
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Bukankah itu cogankata
Jadikan renungan untuk semua
 
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar

Download Mp3

05 March 2022

Aku - Amy

Mana ada lain
Zahir dan batin
Hadir dalam cermin
Dalam mimpi bermain
 
Diri jati bernamakan aku
Jiwa minda dengan nafsu
Kerap rancang hendak maju
Mahu sangat benda yang baru
 
Mana ada kawan
Kiri dan kanan
Manis cuma depan
Budi satu mainan
 
Hanya helah membukakan jalan
Untuk sampai ke impian
Itu sahaja kau pikirkan
Itu sahaja kau pentingkan
 
Aku….Hanya aku
Aku tahu…Diriku
Aku…Cari aku
Aku jumpa….Diriku
 
Aku….Betul aku
Aku salah…Diriku
Aku…..Cari aku
Aku jumpa….Diriku
 
Diri jati bernamakan aku
Jiwa minda dengan nafsu
Kerap rancang hendak maju
Mahu sangat benda yang baru
 
Jiwa minda dengan nafsu
Kerap rancang hendak maju
Mahu sangat benda yang baru

Download Mp3

Janji Kasih - Fotograf

Kasih apakah yang ingin engkau nyatakan
Di dalam mimpiku ketika aku sedang melara
Kasih mengapa kau larakan ku begini
Kau biarkan aku syahdu merindu sepi sendiri
 
Izinkan pintu kasih terbuka
Walau untuk seketika
Pasrah aku diperhamba sahaya
Demi kasih ku rela
 
Aku telah tahu siapa aku disisimu
Hanya sebutir kaca tak berharga
Akan menerangilah ia tiba masanya
Itu janji kasih kasih nan suci
 
Kasih di manakah harus aku berdiri
Di dalam hatimu tatkala rindu sedang menyala
Kasih usahlah kau biarkan ku berduka
Di puncak pohon cinta yang sedang meranum berbunga

Download Mp3
 

23 February 2022

Jiwamu Di mataku - Kriket

Dari pintu sehingga ke jendela
Ku biar mata mengikuti langkahmu
Deras jejakmu memadam kenangan semalam
Yang teramat aku perlukan manisannya

Engkau mencuri wajah kerianganku
Engkau merampas saat kebahagiaanku
Aku mengerti siapakah aku sebenarnya
Hanyalah insan yang biasa di dunia kau kecewa

Terlerai janji manis yang pernah dicurah
Kehangatan tiada lagi
Luka di mata bisa lagi ucapanmu
Kau menyatakan ku tak usaha
Mengubah nasib yang telah tertera
Sekian lama aku menghitung bersabar dan berdoa

Kau akan kembali padaku
Kita akan bahagia bersama
Ku masih bersyukur walaupun tak mewah
Aku miskin harta tapi engkau miskin jiwa

Masih lagi cuba menyakitiku
Di depan aku kau bermesra dengannya
Sepatutnya engkau tinggalkan aku sahaja
Kerna pasti aku ketemu yang sejiwa

Download mp3