16 February 2017

Jangan Kau Berputus Asa - Spider



Jangan Kau Berputus Asa - Spider
Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan

(chorus)
Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Ia kan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Nada mu menangis menduga ku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biarpun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal

11 February 2017

Dikir Timur - Amuk




Dikir Timur - Amuk
Berhujan serata petala
Gempita dihembus pawana
Malang sungguh khabar yang tiba
Batil emas terbelah dua

(**)
Biar terbelah masih berharga
bukan begitu niat hamba
Bagikan saja sama rata
Terbelah dua isi tiada

Batil dijual bikin kaya
Itukan sementera
Harta karun kita empunya
Itukan sementara

(*)
Kalau diikut tamak haloba
Segunung pun langsai
Baik dilebur buat hiasan
Bertatahan intan
Hartamu tak kontang
Hidupmu tak keruan

(***)
Kalau begitu leburkan saja
Terpulang pada pendirian
Bagikan satu sama satu
Tanganku tadah dengan redha

Sudah berhimpun bulan bintang
Ku hanya mengingatkan 
Harta karun disimpan jangan
Aku hanya mengingatkan

(Ulang *)


10 January 2017

Roda Dunia - Kalahari











Roda Dunia - Kalahari
Roda......... dunia................,
Janganlah kau mudah melupakan,
Kesilapan yang lalu,
Ketika kau jatuh berlumpur,

Sedarlah setelah kau berjaya,
Mendapat kesenangan,
Semuanya datang dari tuhan,

Ingat pada yang maha esa,
Dia yang berkuasa,
Hidupmu bergelumang dosa,

Roda dunia,
Sentiasa akan berputar,
Nasib manusia,
Sentiasa akan berubah,

Roda dunia,
Ciptaan yang maha pencipta,
Ingat manusia,
Kau hanyalah seorang hamba,

Kau lupa tunaikan kewajipan,
Yang mesti kau lakukan,
Kau hanya menurut nafsumu,

Kini kau tersungkur semula,
Hilang segalanya,
Hidupmu kini tersiksa,

30 November 2016

Cinta Kita Hanya Tinggal Irama

 

 

 

 

 

 

Cinta Kita Hanya Tinggal Irama

Setelah bertahun kau menyepi
Membawa kemarahan di hati
Aku bagai hilang kayu kemudi

Betapa waktu itu
Tercabarnya maruahku
Pahitnya pengalaman itu

Setelah luka ini terubat
mengapa kini engkau bertandang
Menyentuh kembali irama nan silam
Biarlah aku maklumkan hakikat yang sebenar
Tak mungkin kan bewarna lagi

Cinta kita bagaikan satu ukiran
Yang kau hiaskan di persisiran pantai

Semuanya tetap abadi seperti mula dulu
Itu bukan bererti untuk kau bertahta lagi
Cukuplah hati menangis
menahan pedih yang teramat

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

Semuanya tetap abadi seperti mula dulu
Itu bukan bererti untuk kau bertahta lagi
Cukuplah hati menangis
menahan pedih yang teramat

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

Biarlah aku maklumkan kedudukan sebenar
Kerana cinta kita hanya tinggal irama

09 November 2016

Kurnia Hidayat - Aris Ariwatan











Kurnia Hidayat - Aris Ariwatan
Sekilas
Halilintar kau memanah
Ke sudut kesabaran
Seketika ku termanggu

Mestikah menerima segala dugaan
Yang tertulis buatku
Atau bentah meratap hiba
Tanpa kesudahan

Sememangnya susah payah
Intisari pengorbanan Yang nyata
Bahagia yang kau idamkan
Bukannya ada di sini

Andai aku tahu
Apa bisa terjadi
Mana mungkinku kutip kerdip keperihan
Mana mungkinku jamah kedukaan

Yang telah kau hidangkan
Enak di mata tanda temudugamu buatku
Hinggaku terjerat lumpuh anggota
Sendi keluhuranku buatmu

Meskipun miskin jiwa dan ragaku
Meneruskan kata bicara
Akanku melutut
Memohon dikurniakanku..... hidayat

29 October 2016

Permaisuri - Data










Permaisuri - Data
Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lenaku kuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu

Ku binakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

Download Mp3

Bila Cinta Didusta - Screen















Bila Cinta Didusta
Bila cinta didusta 
Hati mulai gelisah 
Hilang kekasih hati 
Hidup jadi merana 

Insan jadi idaman 
Kini dimilik orang 
Cinta yang diimpikan 
Putus di tengah jalan 
Terpaksa mengalah 

 Mengapa menyinta 
 Andainya tak setia 
 Tak usahlah bercinta 
 Jika hanya berpura 

 Bila hati dah jemu 
 Mula berpaling tadah 
 Tak pernah difikirkan 
 Orang yang ditinggalkan 
 Tersiksa sayu pilu 

 Ooo...oo merayu-rayu 
 Ooo...oo ingin kembali 
 Ooo...oo meratap sayu 
 Tidak mungkin orang simpati 
 Menoleh pun tak sudi 

 Andainya ditakdirkan 
 Cintamu didustai 
 Pastinya kau mengerti 
 Siksanya perpisahan 
 Hanyalah ditemani sesalan

Download Mp3