Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
20 October 2015
Penanti - Wings
Penanti - Wings
Masihku nantikan sehingga kini
penamatnya rinduku umpama tiada
bersimpul kenangan sepanjang masa
waktu detik selari ditemani bayang
*
Engkau hilang dalam terang
engkau menghilang
gerhana ke seluruh pancainderaku
Kau berikan aku cinta
dan ku ditinggal
dan laluan berliku mekar berduri
Sumpah dan janji kau
tetap ku pegang
lautan api seteru cekal ku renangi
kerana kasihku teguh untukmu
yakin engkau di situ kan menghampiriku
Ulang *
Chorus:
Di hatiku kau segar selamanya
walau tiada lagi kau jelma di mimpiku
ku masih harap kau sudi bertamu
pecahkan kaca alamku yang sunyi
Hanya engkaulah cahaya kalbuku
tiap madah ku selitkan puisi saktiku
sebagai satu tandanya cintaku
demi seri perkasihan abadi
Sekira masihnya aku
engkau rindui
tampil lah kau segera
ku harap kau disisi
Masih lagi Ku bergelar
Seorang Penanti
Dalam gelap taman yang sepi
Ulang Chorus
11 July 2015
Demo ni Ore Tino Kawe Ore Jate - Straw

Suara yang hampir mirip dengan Kumpulan Scoin ini tidak banyak diketahui oleh umum. Namun kumpulan Straw di dukung kuat oleh komposer2 terkenal Malaysia seperti Eddie Hamid, Patrick Khamis, dan J.S Kevin. Lagu hit mereka 'Yang manis senyumanmu' ' Cinta Bukan Cuma Semalam' 'Melara dimusim Cinta' di muatkan juga lagu kelantan 'Bakpo jadi Gini' . Tahun terbitan dan sejarah penubuhan mereka tidak diketahui , tapi saya rasa termasuk era 2000 juga ni he he... mereka berasal dari kelantan ..
01 May 2014
Abadi - MAY

Abadi - May
Hadirmu membawa sinar
Terang bak purnama
Menyuluh hati yang gelita
Kaulah yang aku cinta
Hangatnya membara
Sekelip kau tiada merindu
Hulurkan jemarimu
Kita sesama bermadu
Menggenggam cinta ini
Yang suci lagi berseri
Hilang tak tercari
Penggantimu kasih tiada
Musnah alam ini
Jika kau pergi
Pisah takkan mungkin
Abadi setia kerana
Cinta kita ini
Kekal selamanya
Mp3
26 January 2014
Hilang - Jinbara
Hilang - Jinbara
Selama mana... Harus kumencari,
Igauan ini... Kugagahi,
Ingin berjumpa... Sayang kau tiada,
Tapi jiwa... Rasa cinta...
Seorang lelaki...
Lemas meronta menggoncang lara,
Menangis aku sendiri,
Jangan ditanya engkau pun tahu,
Mengapa kau bersembunyi,
Kau... Jelmalah engkau,
Beraksi rindu,
Mimpi-mimpiku...
Malam... Digerbang luka,
Menggarap cinta,
Suratan resah...
Bulan... Bukannya bintang,
Siang... Hilanglah malam,
Gundah... Bila kau hilang,
Resah... Hilang kau datang,
Malam... Di gerbang luka,
Menggarap cinta,
Suratan resah...
Bulan... Bukannya bintang,
Siang... Hilanglah malam,
Gundah... Bila kau hilang,
Resah... Hilang kau datang,
Jika kau tiba,
Jelanglah sinar malam ku yang kesepian,
Moga hangatnya,
Rasa asmara kasih hulurkan cintamu...
Nilam... Juga permata,
Nilai... Bukannya intan,
Sayang... Bila kau hilang,
Senyum... Hilang lah duka...
28 October 2013
Sekali Lagi - Azzan
Sekali Lagi - Azzan
Sekali lagi engkau membawa khabar
Sekali lagi hati ini berdebar debar
Dan terkumpullah seribu satu andaian
Hingga bersarang dalam fikiran ini
Sekali lagi aku pinta padamu
Janganlah engkau ungkit janji dahulu
Telah lama kukikis wajahmu di hatiku
Dan kugantikan dengan wajah baru
Cukup siksa aku menahan
Perasaan rindu dan dendam
Cukup pahit aku menelan
Satu penghinaan
Dengan mudah kau melangkah pergi
Kerana harta aku hilang di mata
Kerana dia cinta tak berharga
Kerana dia aku kecewa
06 July 2013
Aku Dalam Aku - Missi
Aku Dalam Aku - Missi
Kelip sangka api
Manakah baranya
Ghaib sangka mati
Manakah kuburnya
Kembaraku
Mencarimu
Serasa kau ada
Di kala ku sirna
Aku tetap aku
Bawa ke seberang
Aku dalam aku
Selindung dalam terang
Andai sesat ku derita
Dalam terang engkau
Tidakku berjumpa
Sebenarnya kau kekasih ku
Di mana ku berpaling
Di situlah ku saksikan wajahmu
Akulah bayangmu
Yang amat setia
Menuruti apa saja
Kau lakukan
Dan terjawablah teka dan teki
Dari kasih kepada kekasih
Bersatulah cinta kita
Tidak luak dan tidak juga
Kita terpisah selamanya
Dan tiada akhirnya cinta
Kasih kita..
25 June 2013
Ratib Orang Pinggiran – Saleem
Ratib Orang Pinggiran – Saleem
Lama hatiku keraskan
Tangisanku pendamkan di dalam
Pahit manapun ku telan
Ku terus bertahan
Tak pernah simpan harapan
Tagihkan simpati dan belaian
Biar diri dihanyutkan arus kegelapan
Aku sangka
Pintu kau kuncikan
Aku sedar
Dosa ku lakukan silam…
Aku luka takkan dimaafkan
Aku rela hidup di pinggiran
Sinar rahmatmu… sayang
Hinggalah di satu malam
Tangisanku jatuh bercucuran
Engkau masih mahu ku pulang
Ya Rabb, Ya Rabb
Ya Rabbi, Ya Rabb
Subscribe to:
Posts (Atom)
