09 July 2018

Anak Anak Kita - M.Nasir



Anak Anak Kita - M.Nasir
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

2 x 5 - Ahli Fiqir



2 x 5 - Ahli Fiqir
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...

Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa

Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta

Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata denganlah lutut
Banyak yang bertukang di mata dan mulut
Sedikit sahaja yang menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam
Pekong di kaki sendiri dibiarkan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...

Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut mana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...

Jangan cakap lepas biar pandai beralas
Ada ubi ada batas ada hari kami balas

Kiramu hanya bias
Cercamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...
kwekk..kwekk.kwekk.kwekk..kwekk...

05 July 2018

Ntahapahapantah - XPDC



Ntahapahapantah - XPDC

Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan

Ramai yang pakai turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang

Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom

 Itu ku punya pasal
Sikit aku tak sesal
Ada baiknya aku
Jaga kain sendiri

Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik
(2x)
Orang naik ke bulan
Pakai kereta lembu
Pergi bukit belacan
Mandi air susu

Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik

27 May 2018

Cinta Abadi - Black Rose



Cinta Abadi - Black Rose
Kehadiran cintamu
Menyinari hidupku
Kehangatan cintamu
Mengubati sepiku

Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku

Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku

Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya

Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku

Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi

02 May 2018

Persada Cintamu - Spring





Persada Cintamu - Spring

Bisikan rasa di kejauhan
Biarpun jelas nyata tak ku hiraukan
Samudera dalam aku selami
Keindahan cinta mu takku hargai

(*)
Luas pandangan jauh perjalanan
Bertambah pengetahuan pengalaman
Namun bahgia belum ku temui
Kiranya yang ku cari ada di sini

Aku menghampiri mu
Dengan kesal dengan harapan
Engkau menerima ku
Dengan maaf dan kasih sayang

Demikianlah tertutup mata dan minda
Hidup ku sia-sia terabai masa
Mujurlah pintu mu terbuka luas menanti
Ke persada cinta mu ingin ku daki

(Ulang *)

Bisikan rasa di kejauhan
Biarpun jelas nyata tak ku hiraukan
Samudera dalam aku selami
Keindahan cinta mu takku hargai

22 April 2018

Selamatlah Putera Bumi - BPR





Selamatlah Putera Bumi - BPR
Selamat sejahtera
Untuk semua yang bernyawa
Semoga sejahtera

Terbitnya fajar pagi
Suria menyuluh rezeki
Terus hidup lagi

Kenangan semalam
Dihanyut mimpi
Apakan berulang sekali lagi

Mengapa mestiku
Menanti sebuah senyuman
Tak berwajah

Mengapa
Kuterus mencari
Misteri bayang bayang sendiri

Apakan
Kuterus begini
Dan hari hari makin berubah

Apakan
Terbina sendiri
Istana untuk putera bumi


09 April 2018

Meraung - New Boyz



Meraung - New Boyz
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puasku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh… tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Di kamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidakku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah…ah…ah…
Ah…ah…ah…

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah…ah…ah…
Ah…ah…ah…
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang