30 December 2011

Berdua Bersatu - Forteen



Berdua Bersatu - Forteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu


Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah

Walaupun melawan arus

Kita berdua bersatu


Seringkali ku mendengar

Patah tumbuh hilang berganti

Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu


Chorus

Jika denganmu salah

Ku tak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar

Walau dilanda badai

Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut

Biarlah aku lemas

Walau dilanda ribut

Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


Seringkali ku mendengar

Patah tumbuh hilang berganti

Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu


Ulang Chorus

Download
Ringtone

Kenangan Dan Kenangan - Mel



Kenangan Dan Kenangan - Mel

Musim yang berganti tinggalkan aku
Melamun dengan igauan ngeri

Awan yang berarak dan menabur hujan
penantianku
Tanpa perlindungan tempat nak berteduh

Dari lambaianmu tidak ku menyangka

Ada kesulitan yang bakal kutanggung

Aku
terpesona kelembutan nada
Pujuk kata indah yang manis diucapkan


Lenalah aku semalam

Engkau yang membisik

Mahligai indah hanya bayangan hitam

Hampir
lumpuh cita-citaku

Menawan gunung tinggi harapan

Engkau bukan kekasihku
Kekasihku

Sudah demikian kemampuanku


Itu kenyataan

Mana mungkin

Aku tunduk lagi

Jika engkau masih beri tekanan


Hatiku pijar

Ku sembunyikan Jiwa terkilan
Apa
muslihatmu
Aku ini adalah seorang
Manusia yg perlukan hidup

Sudah biasa dan pengalaman

Erti tenang bakal akan aku kecap

Selamat
jalan

Download
Mp3

Apa Erti Semua - Mael



Apa Erti Semua - Mael

Tika Suram Kau Sampai Ke Mari
Kau Bawa Hatimu Yang Gersang
Tak Sampai Hatiku Melihat
Kepahitan Yang Kau Alami

Setelah Kita Lalu Bersama
Pengalaman Meniti Hidup
Walaupun Caranya Berbeza
Namun Dapat Aku Mengerti

Duka-Duka Semalam
Menyesal Masa Terbuang
Indah Laluan Cinta
Namun Tidak Dirasa

Sisa-Sisa Yang Hilang
Mana Mungkin Berganti
Andai Itu Dikenang
Semakin Menyakit Hati

Cinta Kita Asmara
Menuju Satu Arah
Andai Tidak Diduga
Tak Sampai Arah Tujuan

Masa Berganti Masa
Makin Mengajar Kita
Erti Hidup Sebenar
Apakah Erti Semuanya

[solo]
[chorus]

Download
Mp3

27 December 2011

Airmata Cinta - CRK


Airmata cinta - CRK

Desiran sayup
Di jendelaku
Seakan suaramu
Menyusup keresahan

Ku ingin melempar perasaan
Yang masih mengharapkan
Bersatunya impian

Ku cuba
Membunuh cinta kita

Bersama airmata
Menafikan derita

* Makinku cuba untuk melupakan
Kenangan mesra waktu bersamamu
Semakin rindu menikam di kalbu
Semakin dalam cintaku padamu

** Puas sudah airmata cinta
Meratap punahnya mahligai bahagia
Di manakah berakhir derita
Berkurun rasanya hidupku sengsara

Solo

Ulang * dan **

Berpasiran
Waktu yang berguguran
Tiada menjanjikan
Penawar kelukaan
Penyembuh lukaku

Download
Mp3

23 November 2011

Keterlanjuran Keranamu - Jamal Abdillah



Keterlanjuran Keranamu - Jamal Abdillah

Nun semakin jauh
Ku meninggalkannya

Itulah titik hitam kehidupan
Yang ku lalui di masa silam


Usah kau hubungi

Jangan datang lagi

Keterlanjuran lalu waktu denganmu

Memusnahkan hidupku


Ku telah menyedari

Akan kesilapan diri

Kerna terdorong mengikut hati

Aku malu sendiri


Cukuplah sekali sahaja

Tak rela mengulanginya


Ku yang kelemasan

Mengharap bimbingan

Entah siapa nanti sudi mengisi

Kekosongan hati


Download
Mp3

Joget Tari Lenggang - Amuk


Joget Tari Lenggang - Amuk

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)

Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)

Sayalah ini daganglah merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)

Ingat di hati....
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Download

Mp3

19 November 2011

Penyu Menangis - Sudirman


Penyu Menangis - Sudirman

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)

Ulang

Download
Mp3