21 December 2024

Mencari Arah - Iwan

Ke manakah harus
Ku mula melangkah
Nak ku titi laluannya
Yang hilang tidak bertanda
 
Dalam kelam ku mencari
Arah mimpi yang tak pasti
Tanpa cahaya tanpa suara
Mengiringi perjalanan daku ini
 
Haruskah aku melenyapkan
Haruskah aku memendamkan
Haruskah aku meneruskan
Perjalanan tak kesampaian
 
Mestikah aku melupakan
Mestikah aku menghuraikan
Mestikah aku mendapatkan
Pergertian yang ku rindukan
Mimpikan...
 
Dalam kerinduan yang mencengkam diriku ohhh
Di hatiku masih terus mencari-cari lagi
Menghampiri sinar menyirami
Kesucian hati
Menyulam rohani
Memohon limpahan Maha Esa
 
Perjalanan
Terhenti di persimpangan
Di utara
Di selatan
Yang mana harus kutuju
 
Terkeliru di hatiku
Mencari arah yang pasti
Ku termanggu ku terpaku
Terjerat antara dua gelap rasa

Download Mp3

13 December 2024

Mencari Permata Hati - Dia

Lama sudah ku cari
permata indah dan asli
Ku menghala alam buana
Akhirnya pulang jua
 
Di sini ku bertanya
Pada mentari yang samar
Cukuplah dengan cahayaMu
Untuk kenaliNya
 
Puas aku bertanya
Kepada tiap yang bernyawa
Di manakah kasih berada
Boleh ku temuiNya
 
Walau pun segunung
Jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Kerana ramai yang
Masih berjalan malam
 
Walau pun segunung
Jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Mengejar mimpi oh duniawi
 
Dan akhirnya dengan
Mata hati sendiri
Ku kenali kasih
Kian lama ku cari
Di tempat yang terang
Engkau sembunyi
 
Setelah kita bertemu
Semakin aku merindu
Fanalah aku kekasih
Di dalam cinta mu

Download Mp3

01 December 2024

Gelombang - Saleem

Nasib ku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
 
Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya
Di jendela
 
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Cemar hidup ini
Tiada erti
 
Hidup ku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segalanya
Perasaan dan harapan untuk hari esok
Tiada lagi
 
Oh Tuhanku
Kepadamu ku pohon ampun
Doa restu lindungilah daku
Yang tidak berdaya di bumi mu ini
 
Oh Tuhanku
Kepadamu ku pohon ampun
Doa restu lindungilah daku
Yang tidak berdaya di bumi mu ini
 

Download Mp3

27 September 2024

Nasuha - Barongan

Dengarlah insan satu cerita
tentang duka dan pahit perjalanan
tentang hina dan rapuh pertimbangan
tentang penyerahan pada Tuhan
 
Seorang gadis tersungkur
di ranjang noda
kerana asyik mengejar
nikmat dunia
 
Demi lupanya pada Yang Kuasa  
di hujung kembara rasa berdosa
Ooo...Ooo...Ooo...Oooo...
   
Seorang pria terpesong dari kiblatnya
tapi sepanjang hayat redha bertakwa
Demi takutnya pada Yang Kuasa
menangislah ia sepanjang malam
   
Mereka semua menghadap kiblat
menadah tangan kudus airmata
memohon pengampunan dari-Nya
atas dosa sebagai manusia

Download Mp3

08 September 2024

Terima Kasih - Lovingborn

Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga
Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan
 
Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia
 
Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia
Menjadi manusia
 
Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga
Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan
 
Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia
Menjadi manusia

Download mp3

30 May 2024

Di Alunan Rindu -Axthara

Dalam titisan hujan malam
Manakah kata cintamu
Yang aku nantikan
 
Ingin ku saring kata-kata
Mencari kepastianmu
Untuk bersamaku
 
Kiranya dua jiwa
Masa yang menentukan
Sekata seirama
Pastikan bahagia milik kita
 
Hanyutlah kerinduan
Di dalam derai hujan
Yang bakalku nantikan
Bertemunya semula dua cinta oh
 
Kiranya dua jiwa
Masa yang menentukan
Sekata seirama
Pastikan bahagia milik kita
 
Hanyutlah kerinduan
Di dalam derai hujan
Yang bakalku nantikan
Bertemunya semula dua cinta
 
Sepi selalu membuatku
Mencari raut wajahmu
Di alunan rindu

09 May 2024

Tujuh Pelangi Cinta - RM

Di luar pelangi menyisir jendela
sesudah gerimis waktu senjakala
wajah lembut musim kemboja
hati dilambung terpesona
 
Engkau menyimpan sepundi rahsia
dipetik pelangi tujuh makna cinta
ingin aku mengejar dirimu apa daya…
aduhai... bergelora ombak masa...
 
Bagai berkurun menghuni di kalbu
hanya engkau yang punya cinta itu
aku miskin papa cinta sering tiada
 
Berapa harganya harus kutebus
nilai cinta rindu di genggamanmu
agar aku dapat menikmatinya
berkasih, dikasih, dirindu
 
Atau pun kau sengaja berpura
ingin aku terjemahkan rindu, cinta, kasih
untuk kau uji cintaku padamu
padamu...
 
Bermula rindu dan cinta
di kala resah terpisah kita
dan berjalan menuju ke puncaknya
di rumpun bahagia menyuluh alam yang indah