Amaran:Semua tulisan dan Mp3 yang ada Bukan untuk tujuan komersial.Ia hanya sekadar untuk merehatkan minda (setiap mp3 yang di muaturun hendaklah DIPADAM dalam masa 24 jam)semoga anda dapat memberikan sokongan kepada artis dan pemuzik dengan mendapatkan album yang ORIGINAL di pasaran,Terima kasih!
18 June 2011
Bulan Madu Dalam Hempedu - Laksamana
Bulan Madu Dalam Hempedu - Laksamana
Bagaimana pun janji kau lafazkan
Dirimba hatinya lara..
kekadang menentang diriba meronta
kemanakah arah..
Sejuta harapan dalam kehancuran
terhina hati mulia..
kasih kuberikan racun kau hulurkan
dimana janjimu..
Kini madu bertukar hempedu
pastinya itu yang kau mahu
kesabaranku punya batasan
bertahun tahun merelakan semua...
Biarpun pedih aku relakan
berlaku kejam aku terpaksa
Demi cintaku merah menyala
engkau terpaksa aku lepaskan....
Biarlah ini satu dugaan,
dalam menempuh arus percintaan,
tiada gunanya kita bersama,
jika impian kita berbeza..
Download
Mp3
14 June 2011
Gerhana Kehidupan - Axthara
Gerhana Kehidupan - Axthara
Rumah beratap langit
Tidur berbantal lengan
Dingin malam mengigit
Dia tidak hiraukan
Tiada sempadan
Antara malu dan pilu
Demi hidup pasti diteruskan
Debu debu meliar
Telah menjadi teman
Hiruk pikuk di sini
Adalah muziknya
Semua manusia
Saudara oh katanya
Mengapa harus dia meminta
Tangan yang memberi mulia
Jangan mengharap pujian dunia
Kerana ia bukan milik kita
Bersama debu debu diapun berlalu
Membawa bersama rindu tak tercapai
Kerana manusia terlupa
Download
Mp3
13 June 2011
KepadaMu Kekasih - M. Nasir

KepadaMu Kekasih - M. Nasir
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Download
Mp3
04 June 2011
Ku Ingin Pulang - Scan
Ku Ingin Pulang - Scan
Setiap ketika
Di manapun diriku berada
Di puncak di lembah
Kutahu Kau yang terhampir di jiwa
Tapi mengapakah
Setiap kaliku ingin pulang padamu
Berbagai kilauan bayangan indah
Memintas pandanganku daripadaMu
Berkali terjebak
Ke dasar yang hina
Kuulangi berjanji akan berubah
Tetapi semuanya tiada terkota
Menjadi biasa belum tertunai
Janjiku menjauhi kehidupan yang palsu
Seperti biasa
Aku tertewas dan alah
Namun Kau sentiasa sedia
Menerima pulangku dengan pintu terbuka
Download
Mp3
30 May 2011
Lepaskanlah Rantai Itu - Swing

Lepaskanlah Rantai Itu - Swing
Semalaman aku terjaga
Memikirkan dunia ini
Yang semakin tua
Ada teman masih terlupa
Pencarian yang menjajah jiwa
Menjadi hamba nafsu nafsi
Selagi bernyawa
Ramai insan menjadi mangsa
Tutur bahasanya
Manis bagaikan gula
Penuh racun bisa pesona
Selamatkanlah temanku ini
Moga dia tak terlupa diri
Lepaskanlah rantai itu
Membelenggu oh dirimu
Dunia tempat persinggahan
Penghuninya tak berkekalan
Lepaskanlah rantai itu
Membelenggu oh dirimu
Hanyalah kejujuran
Teman yang setia
Apa yang ada pada nama
Hanya untuk hiasan dunia
Bersihkan jiwamu
Pulanglah ke asal usulmu
Download
Mp3
29 May 2011
Tebarkan Layar Cinta - Kapilla
Tebarkan Layar Cinta - Kapilla
Tercoret kata rinduku
Padamu kekasih hatiku
Kaulah bintang kejora indah di malamku
Adakalanya mega menghalang
Bagiku kau tetap terbilang
Beriku ilham penuh kilauan
Mencetus segala pengalaman
Ketika gusar ku
Engkaulah pembuka jalan
Mengajarku menilai cinta
Agar tak buntu di minda
*Walau apa telahan orang
Kutetap setia menanti kunjungmu
Membelai sepenuhnya asmara
Yang kian merendang di atas cintamu
**Aku ingin dicintai seperti insan-insan yang lain
Aku ingin disayangi tanpa hinaan
Tanpa sengsara yang membebankan
Tebarkan layar cinta mu
Untukku merentas lautan biru
Agar engkau akan tahu
Cintaku hanya satu
Kuserah pada diri mu
Ulang *
Ulang ** 2X
Tercoret kata rinduku
Padamu kekasih hatiku
Kaulah bintang kejora indah di malamku
Kaulah bintang kejora indah di malamku
Download
Mp3
25 May 2011
Permata Untuk Isteri - Kopratasa
Bulan ni merupakan ulang tahun perkahwinanku yang ke-9,terima kasih buat isteriku yang rela berkongsi segala pahit manis dan asam garam kehidupan bersama.
Permata Untuk Isteri - Kopratasa
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Download
Mp3
Permata Untuk Isteri - Kopratasa
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Download
Mp3
Subscribe to:
Posts (Atom)