04 February 2010

Bagai mati sebelum mati


(Gambar Hiasan)
Mati Hidup Semula-Jamal Abdillah

Mati Hidup Semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula


Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah:
1. Kerana ingin tahu .
2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah.
4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .
5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu :
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi

1993-1995 : Bergelumang najis dadah ibarat mati sebelum mati.Jangan musnahkan masa depan sendiri hanya kerana keseronokan yang sementara.Segala perasaan benci dan meluat masyarakat terhadap penagih hingga ada yang memulaukan,ada juga yang simpati itu hanya beberapa kerat.AKU tahu dan MEMANG AKU tahu.Perit lagi memandang wajah sedih dan sayu kedua orang tua yang mengimpikan seribu harapan terhadap kita.Hancur luluh hati mereka.AKU tahu dan AKU MEMANG TAHU.Selagi ada ruang,berpatah baliklah kerana memang jalannya luas terbentang.Alasan jangan diberi kerana ada yang telah membuktikan kejayaannya.AKU tahu,MEMANG AKU tahu....

02 February 2010

Egois ....

Bersalah Atau Tidak

Hujan
di tengah hari ini
bagai memberi tanda
berakhir sebuah cinta

oh
retak yang telah terbelah
tak perlu diratapi
usah disesali

bersalah atau tidak
bukan persoalan bukan sebab
hanya perasaan
yang telah terpadam

bukan mudah selami
jiwa yang angkuh
cita-cita
yang mengelirukan diri
mendustai hati

walau apa terjadi
roda hidup terus berputar
menjadi teman kita
menggilis kita.


1998-1999 :Inilah masalah sekiranya terlalu mengharapkan DIA berubah sikap dan tingkah laku sedangkan dalam diri DIA terlalu ego dan angkuh. Bukan tidak tahu yang perubahan itu ke arah yang baik tetapi DIA hanya mendengar kata hati DIA sahaja. Kata-kata aku tetap aku selalu AKU dengar. Selama 2 tahun AKU mencuba, 3 tahun selepasnya DIA sedar apa yang AKU cuba buat itu sebenarnya BAIK. 5 tahun untuk mengetahui apa yang AKU sarankan adalah perkara yang baik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya berubah jugak walaupun bukan bersama AKU.......

30 January 2010

Natrah a.k.a Bertha Hertogh

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.


Kejatuhan si perawan di Kota Temasik
Jeritannya yang tak bersuara
Menakluki kita semua
Hingga mencetuskan sengketa

Hadiratnya adalah satu titik bencana
Hingga mengorbankan agama dan nyawa
Ia menjadi satu lagenda
Terciptanya satu sejarah

korus:
Natrah yang malang
Nyawamu dipertaruhkan
Kezaliman bangsanya dipatahkan

Natrah
Nilaimu dipertahankan
Bangsamu merampaskannya
Kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan sehingga kini

ulang korus

Baca

26 January 2010

Nafas Baru

Aku memang minat dengan 2 kumpulan ni,Lagu yang sama,nafas diberi lain dan lirik juga lain....
Amuk - Alasan


Cromok - I don't belong here


Alasan
Sejarah tak mungkin berubah
Biarpun airmata tertumpah

Sekali terluka bertahun kurasa
Bisanya tak mungkin kan hilang

Dipandang semakin terkenang
Asmara kita terpadam apinya
Perang kerinduan dalam bara cinta
Sepi dan tak mungkin membara

Jangan kesal berakhirnya cinta
Kerna itu kau inginkan
Aku yang setia dia yang kau puja
Kesal apalagi perpisahan

Di kamar hatiku dia yang menunggu
Untuk apa aku menantimu

Tak guna kau tangiskan
Sesal dengan kepedihan
Kerana pintu hati ini
Tak mungkin terbuka kembali

Kalau ada rindu padamkanlah saja
Tak mungkin aku menerima
Biarlah sejarah cinta kita dulu
Menjadi kenangan lalu

Walaupun kasihmu padamu
Bagai jatuhnya embun kedaunan
Namun hati ini sedikit pun tidak
Berdendam denganmu selamanya

Biarlah kita tidak bersama
Tapi ku masih bertanyakan khabar
Hati masih sayang bukannya kekasih
Cumalah bak teman biasa

Credit to http://www.ilirik.com

Lagu ini amat berharga bagi aku,masa album ini keluar aku masuk maktab perguruan dan kembali SORANG-SORANG.

23 January 2010

Cinta Pertama

Cinta Pertama - Hattan


Menipulah kalau dapat melupakan cinta pertama...selagi bernama manusia terimalah

Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Lumpuh langkah kesal rinduku

Sepi ke sepi panjang dan berbatu
Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu

Korus
Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Maafkan aku
Maafkan aku
Meluka hatimu

Kini ke mana tiada lagi hidup aku
Hanya rintih meneman hari-hariku
Biar bertahun ku ingin kau tahu
Kekal harum cinta padamu

Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan Tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku
Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku
Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
credit to http://lirikami.blogspot.com

15 January 2010

Terkuburlah Impian - Brainwash



Menggelarkan kumpulan mereka dengan nama BRAINWASH memperjuangkan genre muzik rock.Berasal dari Pulau Pinang.
PENYANYI
Zafe

GITAR
Zai

BASS
Chico

DRAM
Yan

PENCAPAIAN
Tempat pertama pertandingan Juara Rock Pesta Pulau Pinang (1990)
ALBUM Menanti Kepastian (1991)

14 January 2010

Mawar Hitam - Blackrose


BIODATA

PENYANYI
-Ajin
-Amir (Amiruddin Mat Aris; lahir 1968; pernah menyertai kumpulan Cinema)

GITAR
-Jepp
-Man (pernah menyertai kumpulan Etika)
-Roslan

BASS
-Mario (Azhar Osman)

DRAM
-Ain (Shahrin)

PENCAPAIAN
-Juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Penantian (1991)
-Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Penantian (1991)


Mawar Hitam
Hadirmu sekuntum bunga
Mawar merah segar
Menghias jendelaku
Harum baumu

Setia engkau menanti
Kala aku pergi
Dan aku kembali
di sini

Inikah wajahmu
sebelum ku tinggalkan
Kemana merahmu
kemana baumu

Ku terpegun sendiri
Di jendela ku menyepi
Entah ada jawapan dihari esok

Kemana merahmu
kau mawar hitam
Mengapa layu
dan durimu semakin tajam

Mengapa tiada seri lagi
dan baumu pun menghilang
Kemanakah arah tujuan ku
disisimu mawar hitam

Kecewa sekiranya orang yang disayangi berubah hati,itupun hanya kerana material...