23 February 2022

Jiwamu Di mataku - Kriket

Dari pintu sehingga ke jendela
Ku biar mata mengikuti langkahmu
Deras jejakmu memadam kenangan semalam
Yang teramat aku perlukan manisannya

Engkau mencuri wajah kerianganku
Engkau merampas saat kebahagiaanku
Aku mengerti siapakah aku sebenarnya
Hanyalah insan yang biasa di dunia kau kecewa

Terlerai janji manis yang pernah dicurah
Kehangatan tiada lagi
Luka di mata bisa lagi ucapanmu
Kau menyatakan ku tak usaha
Mengubah nasib yang telah tertera
Sekian lama aku menghitung bersabar dan berdoa

Kau akan kembali padaku
Kita akan bahagia bersama
Ku masih bersyukur walaupun tak mewah
Aku miskin harta tapi engkau miskin jiwa

Masih lagi cuba menyakitiku
Di depan aku kau bermesra dengannya
Sepatutnya engkau tinggalkan aku sahaja
Kerna pasti aku ketemu yang sejiwa

Download mp3

16 February 2022

Enggan - Fauziah Latif

Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
 
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah
 
Enggan dipersia
Enggan berkelana
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa
 
Nak ku mimpi tapi enggan terlena
Ku dan sepi nan terintih
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan
 
Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang
 
Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
 
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang
 
Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas