Madah Dan Karenah - Ramlah Ram
Biar buta
penglihatan
Jangan buta
hati dan fikiran
Biarpun
miskin harta
Jangan papa
adat dan bahasa
Helang-helang
buana
Jangan lupa
saudara tetangga
Bila hujung
dijumpa
Jangan pula
pangkal yang kau lupa
Harumnya
bunga rampai
Oleh kerana
ramuan yang pandai
Indahnya
sang pelangi
Tapi sayang
tiada bererti
Hidup dalam
dunia banyak ceritanya
Selagi
bernyawa ada saja kerenahnya
Yang indah
hanyalah bahasa
Disebut
dibaca gurindam serta seloka
Namun
kenyataan
Hidup masih
tetap sama
Tidak kira
walau di mana
Tepuk dada
tanya selera amalan biasa
Harumnya
bunga rampai
Oleh kerana
ramuan yang pandai
Indahnya
sang pelangi
Tapi sayang
tiada bererti
Ohh penyair
atau pujangga
Bermadah
kelana dunia begitu jua
Dahulu mahupun
sekarang tiada berbeza
Pucuk
pangkal hati jua
Kalau emas-emas
jua
dibuang
tetap berharga
Kalau
besi-besi jua
kan karat
akhirnya
Dunia banyak
ceritanya selagi bernyawa
Ada saja
kerenahnya
Yang indah
hanyalah bahasa
Disebut
dibaca gurindam serta seloka
Namun
kenyataan hidup
Masih tetap
sama
Tidak kira
walau di mana
Tepuk dada
tanya selera amalan biasa